Friday, July 3, 2009

SelaGi Ada....

Salam..

Lame tidak menulis.. rindu juga ingin menitipkan sesuatu di blog ini...

Di kesempatan ini saya ingin mencoretkan sesuatu untk dikongsi bersama..

Pada suatu hari d sekolah seorang murid bertanya pada gurunya yg sedang mengajar mengenai kasih sayang..

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yg terbaik sebagai orang yg paling kita sayang? Macam mana nak jaga kasih sayang itu supaya berkekalan.

Cikgu : Ok. Kamu ikut apa yg saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput d depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekalipun. Dan petik rumput yg PALING cantik dan bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.

Cikgu: Kenapa tiada rumput yang kamu pilih.

Pelajar: Tadi semasa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang banyk rumput yg cantik tetapi cikgu suruh pilih yang paling cantik, maka saya terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi smpai di penghujung padangg, saya tak jumpa yang PALING cantik. Mungkin ada di antara di belakang saya yang paling cantik tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang, jadi tiadalah rumput yg boleh saya petik.

Cikgu: Ya. Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita berjumpa seseorang yg kite sayang, janganlah kita mencari lagi yg lebih baik dari itu. Kita patut hargai org yg berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yg berlaku tetap da berlaku. Semoga yg berlalu tidak berulang.. Dan ingatlah orang yg paling kite sayang itu yg paling cantik dan paling baik. Mahupun sebenarnya ada rumput yang lebih cantik dari itu.

Saya rs tidak susah untk memahami yg tersurat dan tersirat di sebalik cerita ini. Begitu juga simbolik cantik dan rumput itu. Tepuk dada tanya hati...

TiTiPaN RaSa: Hargailah jika sesuatu itu layak utk dihargai... Sayangilah selagi masih ada rasa kasih sayang.. Tinggalkah jika bersama tidak membawa erti...