Sunday, May 27, 2012

SeHat @ SiHaT??

 Beza ke SEHAT @ SIHAT???

Bertambah SEHAT bermaksud bertambah berat badan... boleh tak nak cakap cmtu... seriusly i'm put on weight. Ramai staff dah menegur.  Mungkin sbb effect ubat yang dimakan... Ubat itu telah meningkatkan selera makan dengan jaya. Lapar sentiasa. Semua makanan nampak sedap. Hurmmm... Sudah nak control diri. Sampai BP pun dah naik hingga 132/92. Bahaya. Bahaya. Mak dah bising. Dia kate "kawal sikit makan" . Tak takut ke. She means tak takut ke kena hypertension. Yela. Takkan nak tambah koleksi ubat kan. Ubat HPT sedangkan ubat sekarang pun dah tak terlarat nak makan. 


Staff pun dah komen : cik aida sihat sekarang, kembung pipi! psiko la. 


Kebenarannya : Berat saya sekarang ialah 47kg, tinggi saya memang tetap ah 146 cm. Jadi BMI saya sekarang ialah 22.0 . Ideal body weight. Sepatutnya OK la kan! 

Tetapi disebabkan staff di Setiu tak pernah tengok saya seSEHAT ini, jadi mereka nampak saya naik berat sedangkan kalau staff contohnya di Kuala Berang dah pernah tengok saya versi SEHAT cakap OK je dengan berat badan sekarang. 

Tadi tanya senior PZM , cakap la, camne ni kak ratna, bertambah SEHAT ni. Die kate OK la, kalau dulu nampak kurus sangat, nampak cengkung. 

Sebagai PZM sepatutnya x perlu risau sbb dah tahu BMI memang ideal, bukan setakat normal tetapi ideal body weight tetapi sikap manusia kot, kalau dah ditegur ke arah negatif lama2 terpengaruh juga sedangkan i know better my body status. 

Tetapi baiknya, saya dah bersukan sekarang, main bola jaring at least 3x/week. At least la kalau sesibuk mana pun, kalau x sibuk sangat x keluar daerah ke waktu petang, insyaallah akan turun main. At least 30 min per session. Biasanya lebih lame dan non-stop.  Dengan BMI yang normal, exercise 3 times per week wth at least 30 minutes duration per session is quite OK la kan. Lagipun dengan tahap kesihatan yang tak berapa membolehkan saya bersukan secara bebas, i mean kena pilih sukan yang sesuai dengan keadaan kaki saya,OK la kan pe yang saya lakukan. Juz dat i'm focusing on reduce fat percent 1st rather than reduce my weight which will be my second target. 

Good LucK untuk Diri Sendiri.  Assalamualaikum.

Friday, May 25, 2012

CepatnYa MaSa BerLaLu....

Setiap tahun rasa macam sekejap.. Macam sekarang.. Dah end of Mei ... hampir setengah tahun sudah.
Terlalu cepat masa berlalu.. Banyak perkara yang sudah berlaku... Manusia bergerak seiiring dengan waktu.. Tetapi saya tak pasti dengan saya.. Rase macam sama. Adakah itu satu perkara yang tak bagus untuk diri sendiri. Apakah sy tiada kemajuan mahupun pencapaian seperti orang lain?

Dari sudut kerja mungkin ada perbezaannya. Sebagai pekerja. Mendapat kepercayaan daripada bos adalah sesuatu yang sukar. Sesiapa yang mengenali beliau pasti mengetahui apa yang saya maksudkan. Menjadi seorang yang "pandai buat kerja" di mata beliau adalah sangat sukar. Lupakan senioriti kerana itu bukan jaminan. Jika kamu tidak bagus. kamu tetap tidak bagus. Bekerja 1 tahun 11 bulan. Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan usaha saya. Sekurang-kurangnya saya sudah boleh bercakap dan memberi pendapat dalam mesyuarat. Saya ketua unit paling muda! Dan bile saya menegur ketua unit lain, mereka tidak menunjukkan muka memperlekehkan saya malah menunjukkan hormat terhadap pendapat itu apatah lagi bila disokong oleh bos! Alhamdulillah. Bersyukur segala usaha saya, bukan nak tunjuk bagus tetapi dalam kita berusaha untuk memberi yang terbaik, orang sekeliling melihat kita tanpa kita sedari. Dari situlah terbit kepercayaan mungkin.

Saya bercuti 4 hari awal Mei untuk menghadiri majlis konvokesyen adik saya di UPSI. Mencuba jadi kakak dan anak terbaik sentiasa ada di hati. Apa-apa yang diingini oleh adik-adik sejak dulu saya cuba usahakan. Mereka ada masalah saya cuba selesaikan. Menjadi orang tengah sudah kemestian. Memahami mereka sebagai anak remaja kadang-kala perlukan sedikit kebebasan dan kehidupan berseronok bertentangan dengan ibu yang kadang-kala terlalu protective dan bimbang dengan anak-anak. Tiada yang bersalah dan perlu disalahkan kerana masing-masing punya sebab sendiri. Cume bila berlaku ketegangan perlu ada pihak yang menjadi orang tengah, Saya berusaha memahamkan adik2 kerana memang itu sikapnya seorang ibu. Dan berusaha memahamkan ibu bahawa adik2 sudah cukup dewasa untuk membezakan baik dan buruk kerana mereka telah dididik dengan baik wlpn tidak sempurna ataupun ada kekhilafan di sana sini. Manusia itu ade khilafnya.

Balik dari bercuti seminggu saya menerima surat arahan untuk menghadiri kursus pentauliahan intensif fasilitator budaya korporat dan soft skill peringkat negeri. Tergamam dengan surat, saya ajukan kepada unit latihan kenapa saya yang perlu hadir? Terbit di minda! Saya paling junior, dan masih ramai ketua unit yang lebih senior yang mungkin lebih layak untuk jadi fasilitator. Budaya korporat di Kementerian Kesihatan dan soft skills bukanlah benda baru. Jadi staff yang lebih senior lebih maklum dan tahu mengenai dua elemen ini termasuk mungkin telah selalu menjalani latihan/ kursus mengenainya. Kenapa saya yang setahun jagung dipilih? Rasa ketidakpuasan hati juga timbul kerana jawatan saya hanya satu di daerah, kalau saya berkursus selama 3 hari, tiada pengganti. Sedangkan semua ketua unit lain mempunyai statf yang boleh mereka amanahkan kerja bila tiada di daerah. But i have nonody! Lalu jawab pem tadbir tersebut, "tak tahu cik aida, bos yang pilih nama cik aida". So, im speechless... Tipu kalau saya katakan saya tidak bangga mendapat kepercayaan sebegitu tinggi daripada orang yang kita hormati, rasa berbaloi usaha dan kerja keras selama ini wlpn bukan niat di hati nak dapatkan nama,  namun saya juga bimbang dengan implikasinya. Kerana saya tahu, pergi kursus bukan setakat pergi kursus, perlu ade kesinambungan selepas itu. Kita akan menjadi penggerak di daerah. Mahu atau tidak itu adalah amanah yang telah diberikan. Amanah adalah satu perkara yang perlu dipikul dan bebannya terlalu berat shingga tak terlihat oleh mata. Kursus budaya korporat atau budaya kerja cemerlang atau soft skills adalah sesuatu yang menyeronokkan terutama bagi peserta. Lebih santai kerana lebih menekankan nilai-nilai murni sebagai pekerja, penyampai perkhidmatan kepada masayarakat namun sebagai fasilitator itu adalah sukar. Pada pendapat saya, perlukan orang yang emosi nya kuat, perlu bermain emosi untuk memberi pengajaran dan mungkin mengubah sikap sesetengah peserta yang hadir supaya dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan seterusnya meningkatkan nama baik jabatan. Berat tugas itu. Pengaruh kita perlu kuat untuk mempengaruhi orang lain.

Menghadiri kursus tersebut, ternyata saya adalah peserta paling muda! Gementar itu ada namun saya cuba kurangkan! Bergaul dengan senior yang umurnya sudah ada yang mencecah 58 tahun. Satu pengalaman. Sepanjang kursus satu perkara yang bermain di fikira saya adalah, bagaimana saya akan jalankan kursus di daerah. Organize kursus sudah biasa, jadi fasilitator teknikal sudah biasa tetapi yang ini saya harus banyak belajar dan tiada pengalaman. Namun, saya tahu, mahu atau tidak saya perlu lakukannya. Buat apa berfikir negatif sebab itu tidak membantu. Saya akan lakukannya wlpn sesukar mana. Sementelah di akhir kursus bos saya hadir sebagai perasmi penutup mewakili pengarah kesihatan negeri. Beliau kata pada saya sebelum balik "lepas ni buat! Lepas raya" . Saya sudah mencongak, saya mungkin ada 3 bulan untuk bersedia. Dan saya sangat bersemangat untuk menjalankannya walaupun saya sendiri masih xtahu apakah saya mampu menjadi fasilitator yang baik atau tidak. Pray for me!

Satu berita baru, saya ada housemate baru. Pen peg kesihatan persekitaran/IK baru. Junior. Sekarang dia sudah menjadi mangsa kedua untuk orang bertanya mengenai saya "Cik Aida ada boyfren tak lagi?". Soalan yang selalu ditanye kepadanya. Pity her! Kehidupan peribadi saya terutama mengenai "someone" in my life adalah terlalu peribadi dan sukar dijangka oleh staff lain. Kalau diusik pun saya hanya senyum. Tiada "yes" or "No". Mungkin sbb itu persoalan sentiasa timbul. Saya sedar selari dengan pertambahan usia, soalan-soalan sebegitu akan semakin kerap ditanya. Kalau dulu, orang kurang bertanya, namun sekarang sudah makin banyak yang bertanya. Dulu my auntie x pernah tanya, sekarang sudah bertanya. Obvious! Secara jujurnya saya masih belum tertekan dengan soalan itu, wlpn kadang2 rase kurang selesa terutama bila orang yang terdekat yang bertanya. Orang lain yang bertanya saya tidak terlalu terasa kerana mereka adalah orang yang datang dan pergi dalam hidup saya. Mungkin sekadar manis mulut untuk bertanya. Tetapi tidak bagi keluarga, mereka bertanya kerana mengambil berat. dan bila seorang kawan yang rapat cakap " aku tak tahu ape yang ko nak!". Saya sedar saya sendiri pun tiada arah dan kabur tentang perkara ini dalam hidup saya. Yang lain mungkin saya pasti, tentang my work, tentang my family but not about. Serius saya x pasti arah tujunya. Hows my life for 5 years ahead. Entah la. Semoga yang terbaik. Tentunya terbaik dariNYA. Takdir Allah itu yang terbaik wlpn kita rasa kehilangan dan kekurangan. Mungkin belum masanya kerana Allah tahu yang terbaik untuk saya! Keep telling myself, pray for the best , n lets HIM do the rest. Asalkan kita berusaha dan berdoa selebihnya tawakkal.

Sekian. entri yang cukup panjang. Cover April + Mei 2012 kot. Assalamualaikum!