Tuesday, July 5, 2011

Mase LaLu... Bukan SejaRah SILam...

Salam.. Uhukss...
saya rindukan blog saya.. mcm xde mase nak menulis... sbb banyak mase men fb... haha..

xpe la.. betul lah orang kate.. tak semua perkara akan betul pada kali pertama... tak semua.. mgkin ade.. cume peratusannya sangat sedikit... sbb tu xde org y perfect... doing thing for the time... get good result.. baiklah.. saya belajar dari kesilapan mase lalu... jangan terlalu berdegil mempertahankan prinsip yang tak bawa kite ke mane pun.. setelah sekian lama kite merasakan apa yg kite rase betull.. kemudian setelah lama melaluinya.. kite makin mnyedari.. tak semua yang kite rasekan betul adlh yang sepatutnye kite lakukan..

saya ngah belajar menerima.. apa yg saya hadapi sekarang adalah kerana kedegilan dan kehendak saya sndr... bile kite rase bersedih... kite fikirkan... itu dugaan ... atau adakah balasan kerana kite mgkin pernah menyebbkn org bersedih.. wlpn itu bkn niat kita.. @ mgkin tanpa kite sedari..

tetapi hidup mesti diteruskan.,.. bkn menangisi mase lampau... sbb xde pekdahnya bak kate org ganu..

Saturday, May 7, 2011

Hati Tak Keruan!!!

Hati Tak Keruan!!..

Hati Tak Keruan!!..

Hati Tak Keruan !!..

Jangan tanye kenapa

Jangan tanye kenapa

Jangan tanye kenapa

Sebab memang nak cakap..

Sebab

Adalah sgt RAHSIA

cume nak bgtau hati tak tenang...

complicated..

kenapa semua perkara kadang2 sgt cepat berubah...

Wednesday, April 20, 2011

KehiLangan Tak Mudah Diterima..


  • Salam.

  • Hidup 2 hari adalah meletihkan. 2 hari meeting. Lupakan.

  • Bila kite mendengar sesuatu dari org yg lbh tua. Kita akan dapat meliht sesuatu perkara itu dari point of view yg berbeza. Serius. Kalau jenis yang ambik tahu la. Bukan sekadar dengar je.

  • Semalam sy dapat byk pengalaman dan pengajaran. Kagum. Mendengar cerita dari seorang staff yang baru kehilangan suaminya yang kembali ke rahmatullah 3 hari selepas hari raya haji tahun lepas. Hows she handle her life. Bagaimana die menjaga arwah semasa hidup ketika sedang sakit. Ayat die "saya tak sangka dia akan pergi secepat ini. Walaupun tahu dia sakit. Sebab saya mengharapkan dia akan pulih".. Die bercerita kepada saya dengan bersemangat seolah-olah kejadian 5 bulan lepas baru semalam berlaku.

  • Die yang saya kenali adalah seorang yang sangat happy go lucky dan ceria. Begitu. Saya mengenalinya selepas die berpindah ke pejabat tempat saya bekerja sekarang. Kiranya waktu itu arwah baru sahaja meninggalkannya.

  • Betullah. Kita hanya memandang luaran dan mata memang boleh menipu.

  • Satu perkara yg saya kagum. Die boleh bercerita mengenai arwah suaminya. Tanpa rasa sedih sedangkan orang lain hendak menuturkan satu patah perkataan pun boleh menangis. Dia sangat kuat. Kagum lagi bile die bercerita die selalu teringatkan arwah. Terutama bila ke pejabat. Waktu memandu seorang diri. Maka keluar air mata. Kerinduan itu nampak mendalam. Kasih sayang itu terpancar. Ingatan itu takkan luput. Walaupun dalam nada bergurau senda tetapi saya tahu die kerinduan pada insan yang pernah hidup bersamanya. Dan die sangat merasai kehilangan itu tetapi die tahu menanganinya. Kagum.

  • Di usia begitu. Nampak seperti CINTA mereka tidak pernah pudar sehingga kini.

  • Owh. Saya sangat kagum. dan Terharu.

Monday, April 18, 2011


  • Hari ni saya badmood.. sebab.. ada satu sebab. sebab saya ada satu masalah. masalah saya ada satu. owh. ayat dah tak betul. itu adalah bukti bahawa saya memang bercelaru.

  • seperti biasa. mungkin hal kecik bagi org len. nurul aida akan berfikir secara besar dan seterusnya mencetuskan mood kurang elok. seperti bermasam muka dan bermuka garang mahupun malas nak melayan semua orang. itulah bila mood hilang sec besar-besaran.

  • kadang terpikir. eh, aku ni terlalu banyak berfikir atau memang masalah ini wajar diberi perhatian untuk difikirkan. sampai begitu sekali saya berfikir.

  • ok. masalah saya ialah saya mempunyai satu perasaan yang dinamakan entahlah. haha. tidak. namanya ialah serba salah yang menggunung tinggi dan rasa down yang tak tinggi sebab down kan rendah. haha. ak merepek lagi buat ke sekian kalinya. tapi seronok. merepek adalah salah satu cara release tension. serius. cuba la. merepek adalah versi lawak bodoh cume ia lebih educated. haha. nak jugak cakap educated. cakap pasal educated. my fren, miss miki a.k.a jannah sangat perticular dengan word educated yang mane selalu menjadi bahan beliau untuk mengusik saya. tapi jangan salah paham. bukan die mengusik saya educated. tetapi ade makne di sebalik semua itu. nak cerita kat sini macam lari tajuk. jadi kite cerita lain kali.

  • persoalan. saya nak tukar ke tak???

  • persoalan besar yang saya tak mahu fikirkan dan sampai sekarang saya mcm terumbang-ambing dengan keadaan. saya sebenarnye xnk tukar. sbb saya sukakan staff di sini tetapi beban kerja yang menimbun kadang2 memang mmbuatkan rase nak tukar. entah la. SERBA SALAH. itu tajuk post ok. hehe. tadi saya ade peluang untuk cakap pasal pertukaran dengan bos. diberi peluang sebenarnya. tetapi tak berani sebab saya tak bersedia dan tak berfikir pun untuk bercakap mengenai itu. entahlah. byk faktor sebenarnya yang akan menyumbang kepada perasaan serba salah mengenai keputusan saya ini. Family terutama nya. Hidup sekarang terumbang-ambing dan byk pengorbanan yang perlu dilakukan.

  • bak kate pepatah. x boleh tamak kan. kite perlu lepaskan sesuatu untuk dapatkan sesuatu. same like we have to pay everything. not just by money. effort. emotional. support. care. love. semuanya. we have to pay. in different way la kan. saya memang tak tahu dan tak merancang. someone plizzz guide me. serius buntu. saya juga tak mahu disebabkan saya akan affect daerah. knowing my health status. macam-macam boleh jadi. mintak simpang la kan. tetapi itulah. we have to prepare if anything happen kan.

  • memang lah senang bercakap "JUST LIVE LIFE".. orang yang tak lalui boleh la bercakap semuncung mulut (emo plk). sesedap makanan. sesejuk salji @ aircond bilik saya (rase cam nak beku). sepanas air nescafe panas. dan semanis kuih pelita yang saya makan tadi. haha. tetapi kenyataan tetaplah kenyataan. cuba letakkan diri anda di tempat saya. perlu tak memikirkan sebarang kemungkinan??

  • huh. letih dah tulis. tak selesai masalah tetapi lebih lega. nak tdo awal mlm ni.xnak buat kerja ofis satu pun. buat kerja lebih masa macam men facebook dan tulis blog je. tapi kena tdo awal jugak. hari ini meeting 9-5. esok mungkin 9-6. perjalanan dah la jauh. jem plk tu. dah la lapar. sbb tu badmood sekarang. haha

  • dah la membebel. bnyk dah membebel. done. salam.

Saturday, April 16, 2011

Bila Diri Disayangi..

Salam. Blog macam terbengkalai sejak kembali bekerja. Tetapi bukan sebab bekerja tak update blog. Sebabnye ialah blog punye setting mcm kurang berhemah. Pesal semua bnda jadi satu perenggan ek? Persoalan yang membuatkan saya hilang mood nak menulis. Itulah punca dan sebagai akibatnya blog terabai. Bukan niat saya nak mengabaikan blog. Hehe.


Terpaksa la buat bullet begini.. wlpn mcam tak comel sahaja karangan saya


Kehidupan diteruskan dengan kesibukan. Kesibukan adalah hal yang sangat subjektif. Semua orang cakap masing-masing sibuk. Tahap kesibukan dengan treshold kesibukan setiap orang adalah berbeza. Kesibukan kadang2 membuatkan saya stress. Tetapi sebab makan terjaga kesihatan kurang mendapat kesannya. Tq to my mum yang sekarang duk sekali dengan saya di Setiu. Harap semua orang memahami dan tidak membuat sebarang andaian negatif. Opss. Lupekan apa orang kate selagi kite tak bersalah. X paham. Tak perlu paham. Hehe.


Namun kesibukan mungkin tidak memberi kesan kepada kehidupan kalau kesibukan itu tidak menyusahkan mahupun kita bekerja dengan seronok walaupun bekerja. Sometimes i can smile. Owh. Rase begitu disayangi dan dihargai dan gembira. Tq kepada semua yang mengambil berat. I must say thanx to all staf di pejabat yang sangat mengambil berat dan memahami. Most of them. Kakak-kakak yang baik hati. Dari CC hingga Nurses. Lelaki dan Perempuan. Sangat terharu.


"C.Aida.. saya dah pesan kat driver. jangan bagi cik angkat ape2 barang". My CC


"C.Aida. Sakit lagi ke kaki" (pertanyaan sewaktu saya nak menuruni tangga pejabat) "Sikit2 la".


OPss terlupa. Orang Penting. My boss. On d first day saya kembali bekerja. Bersalam dengan boss.


"Awak dah sihat ke?".. "Dah doktor"..bla.bla.bla.


Owh.. kalau nak ikutkan pertanyaan, memang banyak. Ke mana-mana pun orang bertanye. Yang tak dapat pergi melawat. Minta maaf. Owh. X perlu. Saya tahu ade sesetengah yang baik dengan saya tetapi kekangan masa dan pengangkutan tak dapat nak pergi. Bukan semua orang senang dan mempunyai transport kan. Saya bersimpati sbb mereka rase bersalah.


Baiklah. Amat letih wlpn hujung minggu still wat kerja ofis. Jumaat siapkan 4 proposal. Sabtu siapkan presentation prestasi (meeting bersama Timbalan Pengarah. takot wooo.. ) Ahad . Audit Klnik Rakan Bayi- KK Sungai Tong (borang x fotostat agi. Study pun tak agi). Isnin & Selasa - mesyuarat teknikal PZM. Rabu - meeting bulan pemakanan & Dapur sihat masyarakat setiu (kena chair meeting).


DONE. TIRED. BYE everybody. SALAM.

Tuesday, March 29, 2011

Pelik

blog tibe2 macam pelik. xtahu kenapa. tulis jarak tapi bile preview jadi lain.



Sunday, March 27, 2011

Bilik Ambil Darah

Semalam x bloggim. sbb semalam banyak hal. a few thing happen. after all i'm still ok. wat ever it is. i'll keep it. just menerima sahaja. ok. membebel. tanpa memberi makna adalah satu pembaziran yang boleh diterima. fine. ikut suka penulis blog. kite nak bercerita pasal apa ek? idea macam banyak tapi semua dah hilang. nak berfikir macam x sesuai. saya bukan jenis orang berfikir semasa menulis blog. bile ade mood x perlu berfikir. idea datang mencurah-curah. owh cerita ini mungkin menarik. mungkin tidak. kite try dulu. kalau tak menarik sekalipun saya takkan delete. haha. tiada pilihan. semalam ke hospital. buat sekian kalinye. owh. bukan nak cerita pasal hospital. pasal lain. di bilik ambil darah: MA: eh, muda lagi. muda dari saya. nampak lebih tua (dalam hati. ko ape hal. nak cakap aku macam tu) Saya : Hah? (senyum je wlpn dalam hati. ko pe hal?) MA: dah kerja ke? Saya: dah. MA: Kerja kat mane? Saya: Kesihatan Setiu (dah buat muka terkejut) MA: Owh.. Nurse ke? Saya: Peg Zat Makanan (sec perlahan) MA: Mende? Saya : Peg Zat Makanan (dalam hati. bile nak siap ambik darah ni. asyk bercakap je. aku dah la nak cepat.) MA: Dietician ke?Saya : Bukan. Dietician duk spital. PZM duk health. MA: Owh.. Ambik darah. cuak jugak. sbb ade yang tak pandai ambik memang sakit. pernah kena dah. MA: saya ni terlebih makan. Macam mane? (aik. saya tak rabun lagi rasenya. rasenya tak gemuk pun. tak overweight) Saya: kena tengok diet dulu. baru boleh bagi nasihat. muka kerut2 kena cucuk. MA; sakit ke? Saya: Tak la MA: Saya kalau pegawai memang cucuk kuat sikit. Saya : Haha. (Buat lawak pulak. Saya gelak sambil memegang kapas takut darah keluar. ) MA: Adik. Lipat je tangan 3 minit. (Dalam hati. Sejak bile ko jadi abg aku.) Saya: Aah? Ok MA: Ambik darah ni hantar kat makmal. Lepas tu ambik urin. Saya: Ok. Terima kasih. Dah sampai luar. Terdengar perbualan di dalam.Pegawai Zat Makanan tak same ke dengan dietician .. bla..bla.. yang lain dah tak dengar.. sebab saya dah blah. pergi ke makmal.Situasi biasa. PZM tak same ek dengan Dietician?? Mesti la tak. Persoalan yang dah malas nak jawab. Tapi bukan salah mereka yang tak memahami. Haha.

Saturday, March 26, 2011

Hati Ini Padamu.. Maka Kita Tak Saling Risau..

A: Awak dah chubby
B: Tau.. Nampak sangat ke?
A: Nampak la jugak (sengih2)
B: Ok ... (dalam hati... macam mane ni?).. Nampak sangat ke ? (sambil memegang pipi)
A: Nampak la.. Tapi ok la.. Xde la nampak tulang pipi je..Haha..
B: Suke nampak.. Tapi saya memang xleh nak berhenti makan..
A: Makan je la.. Bukan gemuk pun...
B: Dah makan banyak.. x sihat pulak.. Lame2 gemuk la..
A: Buat exercise la..
B: Malas.. Sakit kaki..
A: dah tu.. jangan merungut.. Kate x cukup berat.. xpe la makan banyak...

Perbualan tamat...

Nota Kaki (bace sambil tengok kaki.. kalau tak tengok kaki.. xleh baca.. ahaha) : Anda underweight.. anda makan banyak... jangan terlalu risau... risau sikit2 je.. risau bile anda tak memilih makanan yang sihat... haha