Monday, November 16, 2009

sALJU sAkInAh.....

Salju Sakinah

Maksudnya.. salju kedamaian.. sebuah novel yg asalnya saya baca di ruangan cerpen Utusan Malaysia. Sangat menarik pada saya. Setelah memiliki novel ini, baru sy perasan yang penulisnya adalah seorang lelaki. Patut la. Apa yang patut? Gaya penulisannya berbeza. Emosi sesame manusia itu tidak dihuraikan dan diterjemahkan dgn mndalam. Tetapi emosi kepada ketuhanan itu yg lebih ditonjolkan. Rintihan dan penyerahan hati dengan ketentuan Tuhan itu sama kan antara lelaki dan perempuan. Mesti la kan. Seorang penulis lelaki menulis tentang kehidupan seorang wanita. Menarik bukan. Tidak terlalu emosi berbanding penulis wanita pada pandangan saya. Ini bukan kisah cinta. Kisah kehidupan dan ketabahan seorang perempuan.

Watak yang cukup kuat. Sumayyah. Apa yang saya suka tentang novel ini bagaimana kekuatan dan ketabahan itu datang setelah dihujani pelbagai dugaan. Ya. Saya tahu setiap manusia didatangi dugaan2 yang berbeza. Tapi penyelesaiannya lebh kurang sama, kite kena berusaha, berdoa dan kemudian bertawakal. Penulis berjaya mmbuatkn saya memahami dan menyelami hati Sumayyah. Banyk yg saya pelajari melalui novel ini. Salah satu pengajaran yg saya dapat di sini, sekuat mana pun kite, sampai satu tahap dan keadaan, kita juga tak mmpu untk bersabar dan terbabas dari landasan. Di mana pada satu babak dan keadaan setelah didatangi dugaan yang amat berat Sumayyah telah termarah seseorang secara tidak sedar. Tetapi bezanya dengan orang yg beriman dan beramal soleh ialah mereka cepat sedar kesilapan diri dan memohon maaf atas keterlanjuran yang dilakukan.

Terus terang saya katakan, membaca novel ini mmberi saya ketenangan hati, kekuatan dan semangat untk menempuh segala cabaran yang mndatang. Semakin dibaca, semakin seronok wlpn pengisiannnya serius dan sgt berilmiah. Sy berharap dpt meminjam kekuatan dan ketabahan itu untk mnghadapi hari muka.

Titipan Rasa: Penyerahan hati dan keredhaan itu perlu setelah kita berusaha dan tak mampu berbuat apa2 lagi.

3 comments:

  1. tahniah... dpt kekuatan dr sebuah novel.. sile la trskn penulisan anda.. oho

    ReplyDelete
  2. salam sakinah.
    syukran sebab sudi membaca dan mengulasnya.
    moga bermanfaat.

    ReplyDelete