Salam… negative tak tajuk entry kali ni??? Tetapi kehidupan pun tidak selalunya positif kan. Kita memang perlu positif dalam menjalani kehidupan..namun tidak la setiap masa kita mampu berfikir positif. Itu adalah hakikatnya. Umpamanya, kita mengharap panas hingga ke petang tetapi hujan di tengahari.. namun perlu kita ingat, hakikatnya Allah lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan..
Berbalik kepada tajuk entry.. Pernah tak kita terfikir apakah perbezaanya bermuka2 dan juga professional… jika diperhalusi.. kita boleh lihat.. professional adalah sesuatu yg positif manakala bermuka2 adalah negative. Itulah perbezaan yang pertama. Biasanya orang akan cakap “ kami professional”.. yela takkan nak cakap “kami bermuka2”.. sgt la buruk dan negative bunyinya.. namun sebenarnya ramai yang bermuka-muka berbanding professional…
Di kesempatan ini, sy ingin memberikan sedikit pandangan dari pengalaman saya sendiri dan juga analisa dari pemerhatian saya sendiri juga. Ini pandangan saya secara peribadi la.. Mungkin betol mgnkin salah.. mungkin anda bersetuju dan mungkin juga anda tidak tidak bersetuju.. terpulang.. kita mengamalkan demokrasi.. ahakss..
SITUASI 1
Kita mulakan dengan yang positif terlebih dahulu iaitu professional.. contoh situasinya si A dan si B tidak mempunyai hubungan yang baik..masing-masing mengetahuinya… Tidak kisah la apakah sebabnya.. putus cinta ke.. bergaduh ke… berebut harta ke.. tidak ngam ke.. pernah ade krisis ke.. krisis lama masih berbekas di hati ke.. Whatever la.. yang penting hubungan tidak begitu baik.. kedua2nya bekerja di bawah satu bumbung.. bumbung apa tidak kisah la.. haha.. atap nipah sekalipun.. bila ada perkara yang memerlukan A dan B bekerjasama @ berhubung.. maka mereka menjalankan tugas dan berhubung secara baik atas dasar kerja… bercakap apabila perlu.. yang penting kerja @ perkara yang perlu disiapkan siap. Noktah.. tidak berlebih2an … kerana menyedari hubungan memang tidak baik… bukan nak cakap x perlu berbaik2 tetapi kita boleh nilai keikhlasan dalam tindakan kita… Itu boleh kita katakan mereka bersikap professional...
SITUASI 2
Keadaan lain pula apabila.. A mahupun B.. masing-masing tahu mereka sebenarnya tidak suka antara satu sama lain… namun..Bila berdepan masing2 bercakap secara lemah-lembut.. Bila jumpa bertegur sapa dengan baiknya.. dengan sopan… bila berhubung senyum sampai ke telinga.. namun bila di belakang kutuk macam2.. bila jumpa dlm satu bilik… wah.. bukan main baik.. tapi salah seorang keluar je dari bilik.. blom sempat apa2 lagi.. da kutuk mengutuk… tak salah kalau cakap lemah-lembut, tegur sapa dengan baik… nk senyum sampai ke telinga sekalipun.. tetapi ikhlaskah kita.. kalau ikhlas kenapa nk kutuk-kutuk kat belakang.. Bagi sy sendiri.. lebih baik… x senyum kalau hanya nk bermuka2.. sedangkan di belakang mengutuk.. dalam hati menyampah.. dan paling penting.. jgn nak mengada-ngada mengatakan anda professional.. sbb anda sebenarnya bermuka-muka… talam dua muka..
Saya sebenarnya cukup marah bila situasi kedua terjadi di depan mata.. tidak takut dosakah.. bercakap sesuka hati.. saya tahu saya bukan la baik sgt.. mungkin tak layak untuk menegur..namun bila situasi ini berlaku di depan mata.. menimbulkan rasa kurang senang di hati, rs mnyampah dan rs tak boleh nk tgk muka mereka yang bermuka2.. lantak la.. dan sy juga bukan la boleh buat2 muka tersenyum.. wlpn dalam hati menyampah dan x blh tahan lagi... kalau bnda2 kecil mngkin kita boleh tersenyum.. wlpn kita tak suka.. tapi bila bab kutuk mngutuk sedangkan bukan masalah besar.. bkn masalah tidak boleh selesai… dah selesai pun.. terus-terang sy cakap sy seorg yg transparent.. kalau sy tak suka kerana tndkn yg sy aggap melampau dan tak patut… sy x blh nk bt muka tersenyum.. senyum boleh.. senyum kelat je la… kasihan sungguh mereka… ketuk gendang menari sendiri.. tak malu ke dgn tindakan sendiri… kenapa nak tambah dosa… bercerita dan mngutuk dengan kata2 yang tidak enak.. mcm org bt salah besar dan kita sahaja yang betol.... lepas itu siap hasut org lain supaya sokong kita.. berikan sebab dan segala bagai.. itu sudah menunjukkn kita takut kita dipersalahkan.. & minta org lain menyokong kata2 mahupun tindakan kita.. tindakan pengecut…kalau betul kita betul.. x perlu takut.. kalau betul kita di pihak yg benar.. lambat laun org akan tahu.. Allah itu Maha Adil.. kebenaran akan terbukti.. x perlu sibuk bercerita untk membenarkan tindakan kita.. bagi sy.. kita mgkin ada masalah dengan si M.. tapi nape nk hasut si Z membenci si M.. kenapa perlu melibatkan org lain yang xde msalah dgn org tersebut… kita ade mslh dgn M tetapi yg sibuk nk suh si Z benci M jugak tu kenapa???? Apa yg kita dapat.. Sokongan??? Selama mana sokongan itu akan bertahan.. percayalah ia bersifat sementara kalau kita d pihak yg salah… sebab kebenaran dan kebatilan akan terbukti jugak akhirnya…
Sekadar perkogsian untuk renungan dan panduan kita bersama.. Apa pun yg kita dengar.. kita lihat.. jadikan ia sesuatu yang bermakna dan berfaedah buat kita.. belajarlah sesuatu.. jika kita melihat sesuatu yg negative.. ambillah ikhtibar.. jika positif.. jadikan panduan.. byk sgt membebel… x bagus ni.. ahaksss….
TITIPan raSa: Sedar diri juga tidak sempurna…. Namun, tidak mahu menjadikan diri org yg paling teruk di kalangan yang tak sempurna.. Amin…
kak..speechless abis ni..xtau dh nk komen ape...
ReplyDelete