Subjek atau tajuk post nampak sangat klise.. ataupun juga akan menimbulkan kata "tak ada tajuk lain ke?"... tetapi suka atau tidak.. tajuk ini paling popular.. paling relevan mungkin di usia ini.. entah perlu dibahas atau diperkatakan atau tidak.. terpulang kepada individu...
Untuk itu... hayati bait2 perbualan di bawah :
A: Saya pening dan tensen. Perlukan kasih sayang kot... Hehe
B: Kasih sayang x menjamin segalanya.. haha.. tipu je..
A: X! Saya setuju... Saya Pernah bagi kata-kata tu ke X... tapi bukan kasih sayang tapi cinta.. we need more than just luv.. cinta perlukan pengorbanan..
B: Haha.. betul2.. saya setuju..
Untuk pengetahuan.. A adalah saya.. manakala B adalah kawan saya.. identitinya biarlah saya rahsiakan.. saya tahu.. kata2 beliau bagi ayat pertama mungkin dari pengalaman atau apa yang beliau lihat sendiri...
Percaya atau tidak.. itu adalah kenyataan.. dengan mudahnya..bagi saya.. cinta sahaja tak cukup.. jangan salah faham.. bukan nak cakap kita tak perlukan cinta.. everyone need luv in their life... tetapi untuk menjamin sebuah hubungan itu kekal selamanya... we need more than JUZ luv.. kalau tidak benar.. kenapa ramai yang masih mencintai tetapi berpisah... berapa ramai yang bahagia tetapi akhirnya berpisah... berapa ramai yang bertahun2 bercinta tetapi kahwin 2-3 tahun akhirnya berpisah...
cinta.. rasa kasih sayang yang sangat mendalam sehingga kita takut untuk kehilangan.. perlu disertai dengan persefahaman... iaitu keserasian atau bagaimana kita menangani ketidakserasian jika berlaku.. selain itu perlukan kekuatan mental dan emosi dan paling penting sokongan daripada orang sekeliling... kekuatan mental dan emosi sangat penting terutama jika hubungan dilanda ujian dan dugaan.. sekali kita diuji.. kita mungkin kuat.. kita mungkin tabah.. cinta masih di atas.. tetapi jika terlalu kerap diuji ataupun ujian yang mendatang sangat hebat.. adakah kita mampu bertahan.. kuatkan emosi?? ketika itu saya percaya cinta bukan lagi tajuk utama.. wlpn rasa cinta masih ada.. kalau kedua2nya masih cinta kenapa perlu ada perpisahan.. itu menunjukkan cinta sahaja tak cukup.. last sekali... perlunya sokongan daripada orang sekeliling... kita bercinta.. kita masih mencintai.. tetapi disebabkan faktor2 lain.. ataupun disebabkan orang sekeliling memberi tekanan kepada masalah yang sedia ada.. bukan membantu tetapi mengeruhkan keadaan.. maka.. cinta terkubur lagi..
adakah saya betul?? saya mungkin tiada pengalaman.. saya juga bercakap sebagai orang ketiga.. iaitu tidak melalui keadaan2 di atas... tetapi bercakap dari pemerhatian, pembacaan, dan pengalaman orang di sekeliling... saya melihat cinta dan kehidupan dari pelbagai sudut dan memikirkan sebarang kemungkinan... saya jenis yang berfikir2 sedalam2nya.. yess.. i'm a deep thinker.. keburukannya saya takut untuk mengambil risiko.. sbb saya takut gagal dan seterusnya kecewa.. wlpn saya tahu tak semua yang saya fikirkan negatif akan terjadi...
TinTa PeNuLis : When U Start Judging PeoPLe.. u Nerver Have ChanCe to Know TheM...
No comments:
Post a Comment