Thursday, December 1, 2011

TanggungJawab.. Tangung + Jawab...

Sejak 2-3 hari ni sy macam agak hilang arah.. Haha.. If I could say dat statement la...

Bermesyuarat selama 2 hari.. agak stress.. wlpn tanpa big bos yang buat kami lebih teruk... bukan die teruk cume kami yang rase teruk. haha. atau kecut perut mungkin.

Tanggungjawab: 0ne word that comes with very long explaination. just agree wif me. haha.

saya tak mahu cakap pasal tanggungjawab sebagai kakak, anak, cucu, saudara, dan rakan juga. Saya mahu bercakap tentang kerja.

Jawatan yang diberikan kepada kite, setelah kita sendiri yang MINTA. sebab kite isi borang, kite pergi interview. kite berdoa. kita solat hajat. bukan kite aje. tetapi family turut berharap dan mendoakan.

Selepas dapat kerja, kite mula merungut sehinggalah kite pencen. haha. tak tunggu masuk kerja lagi, kite dah merungut. contohnya dapat yang jauh dari tempat yang kite nak.. Lucu tetapi benar. Bukan sepanjang mase kite merungut tetapi akuilah kite banyak merungut. kite banyak kerja, kerja tak pernah habis, gaji same sahaja. selalu mengharapkan gaji naik. buat program nak kena ade baju program, sebagai pembakar semangat. kerja di waktu hujung minggu, claim adalah isu besar, merungut berhari2. dah bertukar tahun pun, tahun depan bile ade kes yang same, akan disebut kembali.

see. inilah realiti.

saya tak mahu bercakap pasal kerja d hujung minggu dan claim. itu isu sensetif dan orang kate jangan cakap kalau kite tak cukup memahami. sy single. i mean belum berkeluarga. jadi situasi tak same. mungkin bg sy, kerja di hujung minggu, tak patut merungut. bnda yang tak perlu dikecoh. tapi bagi orang len mungkin satu isu dan masalah besar bagi mereka. wlpn bukan selalu begitu. nak bawak anak bercuti, nak bawa isteri jalan2, nak balik umah mak mertua sbb dah janji. nak jenguk ibu bapa, nak pergi kenduri sahabat baik, nak pergi tengok saudara sakit. see. terlalu banyak agenda yang kadang2 kite melaluinye.

betullah, kite kena korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu. cume pastikan pengorbanan kite berbaloi.

bercakap pasal pengorbanan, kite perlukan rakan sekerja yg memahami. Saya? jangan tanye saya. kdg2 saya memang tiada pilihan. i have to. becoz i have no ofis-mate secara totalnya. i can ask for assist but not for replacement. to TALK. saye telah melaluinya.

2 minggu lepas, sy telah terjatuh. twice. so i got back pain. di awal pagi terjtuh, but i'm still go for work. Petangnye rase nak demam. bukan rase. memang demam. esok nye ade ceramah d besut, percayalah, kalau pergi jumpe doktor, memang sy dapat MC. hari seterusnya juga ade ceramah, secara jujurnye memang tak sihat. dah cari pengganti tetapi tak dapat. see. kalau sakit pun, belum tentu boleh berehat. kadang2 terpksa. rase tanggungjawab itu menolak segala kesakitan untuk berkhidmat wlpn ikutkan badan memang tak larat.

kepercayaan dan harapan orang bukan mudah untk saya kecewakan. saya memahami, menjadi penganjur bukan mudah, bayangkan penceramah tidak dapat hadir. tentulah kecewa dan bagaimana slot itu akan dihabiskan akan menjadi persoalan.

dan ayat yang paling tidak boleh saya katakan tidak ialah

"kalau cik aida xleh nak larat, cik aida duduk je, slide biar saye yang tekan"

so, wat to say. membayangkan harapan untuk saya terlalu tinggi. nak katekan sy xleh hadir, semacam tidak mungkin.

itulah
pengorbanan,
tanggungjawab dan
rasa memikul amanah adalah kewajipan.

bukan gila kerja. kadang2 orang cakap kite gila kerja. sebenarnye tak. 3 perasan di atas y menjadikan kite begitu. kadang2 orang tak memahami. bukan nak glemer, bukan nak naik pangkat. bukan nak tunjuk bagus. sometimes we have to. trust me. bila anda berkedudukan begitu, anda akan paham.

PZM negeri pernah pesan " Belajar kata NO bile dah tak mampu".. yeaahhh ... i'm still learning to say NO as well as to disspointed others.. haha..

3 comments:

  1. sesungguhnya pekerjaan itu juga suatu bentuk ibadah, and i should agree with u masa belum ada family working weekend sometimes can be really cool especially the out-of-office works tapi bila dah berkeluarga, whether we like it or not, sacrifice is a must so diversion of priority should be made at that stage of life. *aku ckp mcm gaya anak dah 2 tak?? hehe..* :P

    ReplyDelete
  2. hahaha.. ko gaye cam anak 5 dah..haha.. miss u so much.. td ak kol ani... hehehe... byk cerita terkini ak nak bgtau ko tapi kekangan perhubungan menjadi penyebab...

    ReplyDelete
  3. salam..sy rs bertuah dpt membaca blog saudari dan mengetahui pengalaman bekerja sbg pzm.pengalaman yg saudari coretkn amat berguna kpd sy bg sy menggambarkan skop kerja sbg pzm.

    melalui pembacaan blog ini sy sekaligus dpt merasakan betapa semangat yg kuat diperlukan utk komited dgn jawatan yg saudari pegang sbg pzm..god job.

    sy bkl menghadapi interview spa utk jwtn pzm..sy akn berusaha, btawakal dan berdoa.manelah tahu ade rezeki. semoga pengalaman saudari sbg pzm akan memberikan inspirasi & semangat kpd sy untuk mencapai cita2 menjadi pzm juga..slmt maju jaya & kuatkan smgt kerana begitulah asam garam bekerja.. :-)

    ReplyDelete