Wednesday, February 11, 2009

.....WaJAh DuKa....

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananku
Beronak berliku

Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandanganku kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur

Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Takkan ku berputus asa


TiTiPaN RaSa:::: Oleh itu tetapkanlah kepercayaanmu bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (Surah As-Syarh)

2 comments: