Nurul Ain Syafika: Laut pun beralah...
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Sejuknnya mencucuk ke sum-sum tulang. Memandang lautan pada waku malam tidak seperti waktu siangnya. Ombak pada waktu malam cukup mendamaikan. Hempasan ombak tidak sekeras waktu siang namun cukup jelas di pendengaran. Namun keindahan malam tak mampu menenangkan jiwa yang bercelaru. Kalau bisa aku lontarkan semuanya pada laut, ingin sekali aku melakukannya.
Dua hari aku ke sini..mencari ketenangan..mencari jawapan..kepada persoalan yang berat untuk difikirkan. Kalau dulu laut bisa memberikan jawapan, sekarang nampaknya tidak lagi. Adakah laut telah berubah atau masalahku terlalu sukar sehingga laut pun beralah. Aku tersenyum sendiri. Agaknya sudah tidak betul. Menyalahkan laut pula. Apa nak jadi dengan aku ni.
Helmi..nama itu bukan sesuatu asing bagiku...sepupu dan juga rakan sepermainan waktu usia kanak-kanakku. Cuma menginjak dewasa, perhubungan dan kemesraan itu semakin pudar. Bukan kerana kami bergaduh namun kerana ada batasan yang perlu dijaga. Tidak boleh lagi bertepuk tampar seperti waktu kecil dahulu. Aku juga semakin segan dengannya. Terasa seperti baru semalam aku menghadiri majlis pertunangan Helmi.. Ya..aisyah sofea..gadis yang mencuri hatinya...manis sekali orangnya...
Kini aku diminta menggantikan tempatnya...tempat arwah Sofea....aku diminta mengubati kedukaannya...mampukah aku menyempurnakan harapan itu...harapan maksu....membuka semula hati Helmi yang dibawa pergi bersama pemergian Sofea...mengapakah aku yang menjadi pilihan...
No comments:
Post a Comment