Nurul Ain Syafika: Siapakah aku di hatimu….
Minggu lepas ibu menghubungiku. Sangka aku hanya panggilan biasa dari ibu. Namun ibu membawa perkhabaran yang menyebabkan aku termenung di tengah malam yag kelam ini. Tidak, aku tidak menyalahkan ibu. Takdirnya sudah begitu. Ibu hanya jadi perantara kepada takdir yang ditentukan untukku. Masih segar lagi perbualan kami pada malam itu di ingatanku. Malah hari-hari seterusnya butir bicara perbualan itu menghantui diriku. Aduh..sesak juga nafasku mengingatinya..
“Ika sudah ada kawan ke?”..soalan yang tidak pernah ditanya oleh ibu.
Seingat aku hanya sekali ibu pernah berbicara denganku mengenainya. Itu pun sekadar nasihat. Katanya..kalau sudah ada kawan kenalkan pada ibu. Aku yang mendengar pada masa itu, hanya tersenyum. Lalu bila ibu bertanya terus padaku, aku jadi kaget. Untuk menutup kekalutan itu, aku cuba bercanda dengan ibu.
“Kenapa ibu tanya ni? Ada orang masuk meminang Ika ke?” Namun gurauan ku itu tidak berbalas. Jiwa terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Debaran semakin memuncak bila ibu hanya membisu. Rasa serba salah menyelubungi diri. Adakah ibu kecil hati lantaran aku seperti mempermainkan pertanyaannya.
“Jawablah dulu soalan ibu ni” lembut suara ibu menjawab. Namun kedengaran sedikit ketegasan. Aku jadi gusar. Benarkah ibu benar-benar punya pilihan untukku.
“Belum ibu. Kalau tak tentu Ika kenalkan pada jumpa ibu. Ibu pernah pesan pada Ika kan? Kenapa ibu tanya?” Dalam penuh debaran aku menanti jawapan daripada ibunya.
Maksu menyatakan hasrat menjodohkan aku dengan Helmi. Ibu menyuruh aku memikirkan sedalam-dalamnya. Apa sahaja keputusan terletak di tanganku.
“ Fikir betul-betul. Ibu tak mahu masuk campur dalam menentukan masa depan Ika. Anak ibu dah berusia 25 tahun. Cukup matang untuk membuat keputusan sendiri. Tapi kalau Ika perlukan panduan, ibu selalu ada.” Bait-bait bicara ibu pada akhir perbualan kami mengundang rasa terharuku. Itulah ibu. Tak pernah memaksa, selalu berdiplomasi dengan anak-anak terutamanya dengan aku.
Aku mengeluh untuk kesekian kalinya. Terima atau tidak... Lebih payah lagi ia datang secara tiba-tiba. Saat aku belum bersedia memikirkannya. Menolak bermaksud aku mengecewakan maksu. Terima bermaksud aku memperjudikan diri dengan sesuatu yang aku tidak pasti. Memang hati ini belum dimiliki. Betulkah belum dimiliki. Aku jadi bingung memikirkan soal perasaan. Ya, aku tidak pernah memahami hati sendiri bila berbicara soal hati dan perasaan. Mohd Hariz Zunnur…siapakah engkau di hatiku…
menarik2.. cepat la sambung.. ahaksss... terima jelah.. ekekee
ReplyDeleteaku terima nikahnya....
ReplyDeletesabar ye...akn disambung....