Wednesday, April 20, 2011

KehiLangan Tak Mudah Diterima..


  • Salam.

  • Hidup 2 hari adalah meletihkan. 2 hari meeting. Lupakan.

  • Bila kite mendengar sesuatu dari org yg lbh tua. Kita akan dapat meliht sesuatu perkara itu dari point of view yg berbeza. Serius. Kalau jenis yang ambik tahu la. Bukan sekadar dengar je.

  • Semalam sy dapat byk pengalaman dan pengajaran. Kagum. Mendengar cerita dari seorang staff yang baru kehilangan suaminya yang kembali ke rahmatullah 3 hari selepas hari raya haji tahun lepas. Hows she handle her life. Bagaimana die menjaga arwah semasa hidup ketika sedang sakit. Ayat die "saya tak sangka dia akan pergi secepat ini. Walaupun tahu dia sakit. Sebab saya mengharapkan dia akan pulih".. Die bercerita kepada saya dengan bersemangat seolah-olah kejadian 5 bulan lepas baru semalam berlaku.

  • Die yang saya kenali adalah seorang yang sangat happy go lucky dan ceria. Begitu. Saya mengenalinya selepas die berpindah ke pejabat tempat saya bekerja sekarang. Kiranya waktu itu arwah baru sahaja meninggalkannya.

  • Betullah. Kita hanya memandang luaran dan mata memang boleh menipu.

  • Satu perkara yg saya kagum. Die boleh bercerita mengenai arwah suaminya. Tanpa rasa sedih sedangkan orang lain hendak menuturkan satu patah perkataan pun boleh menangis. Dia sangat kuat. Kagum lagi bile die bercerita die selalu teringatkan arwah. Terutama bila ke pejabat. Waktu memandu seorang diri. Maka keluar air mata. Kerinduan itu nampak mendalam. Kasih sayang itu terpancar. Ingatan itu takkan luput. Walaupun dalam nada bergurau senda tetapi saya tahu die kerinduan pada insan yang pernah hidup bersamanya. Dan die sangat merasai kehilangan itu tetapi die tahu menanganinya. Kagum.

  • Di usia begitu. Nampak seperti CINTA mereka tidak pernah pudar sehingga kini.

  • Owh. Saya sangat kagum. dan Terharu.

Monday, April 18, 2011


  • Hari ni saya badmood.. sebab.. ada satu sebab. sebab saya ada satu masalah. masalah saya ada satu. owh. ayat dah tak betul. itu adalah bukti bahawa saya memang bercelaru.

  • seperti biasa. mungkin hal kecik bagi org len. nurul aida akan berfikir secara besar dan seterusnya mencetuskan mood kurang elok. seperti bermasam muka dan bermuka garang mahupun malas nak melayan semua orang. itulah bila mood hilang sec besar-besaran.

  • kadang terpikir. eh, aku ni terlalu banyak berfikir atau memang masalah ini wajar diberi perhatian untuk difikirkan. sampai begitu sekali saya berfikir.

  • ok. masalah saya ialah saya mempunyai satu perasaan yang dinamakan entahlah. haha. tidak. namanya ialah serba salah yang menggunung tinggi dan rasa down yang tak tinggi sebab down kan rendah. haha. ak merepek lagi buat ke sekian kalinya. tapi seronok. merepek adalah salah satu cara release tension. serius. cuba la. merepek adalah versi lawak bodoh cume ia lebih educated. haha. nak jugak cakap educated. cakap pasal educated. my fren, miss miki a.k.a jannah sangat perticular dengan word educated yang mane selalu menjadi bahan beliau untuk mengusik saya. tapi jangan salah paham. bukan die mengusik saya educated. tetapi ade makne di sebalik semua itu. nak cerita kat sini macam lari tajuk. jadi kite cerita lain kali.

  • persoalan. saya nak tukar ke tak???

  • persoalan besar yang saya tak mahu fikirkan dan sampai sekarang saya mcm terumbang-ambing dengan keadaan. saya sebenarnye xnk tukar. sbb saya sukakan staff di sini tetapi beban kerja yang menimbun kadang2 memang mmbuatkan rase nak tukar. entah la. SERBA SALAH. itu tajuk post ok. hehe. tadi saya ade peluang untuk cakap pasal pertukaran dengan bos. diberi peluang sebenarnya. tetapi tak berani sebab saya tak bersedia dan tak berfikir pun untuk bercakap mengenai itu. entahlah. byk faktor sebenarnya yang akan menyumbang kepada perasaan serba salah mengenai keputusan saya ini. Family terutama nya. Hidup sekarang terumbang-ambing dan byk pengorbanan yang perlu dilakukan.

  • bak kate pepatah. x boleh tamak kan. kite perlu lepaskan sesuatu untuk dapatkan sesuatu. same like we have to pay everything. not just by money. effort. emotional. support. care. love. semuanya. we have to pay. in different way la kan. saya memang tak tahu dan tak merancang. someone plizzz guide me. serius buntu. saya juga tak mahu disebabkan saya akan affect daerah. knowing my health status. macam-macam boleh jadi. mintak simpang la kan. tetapi itulah. we have to prepare if anything happen kan.

  • memang lah senang bercakap "JUST LIVE LIFE".. orang yang tak lalui boleh la bercakap semuncung mulut (emo plk). sesedap makanan. sesejuk salji @ aircond bilik saya (rase cam nak beku). sepanas air nescafe panas. dan semanis kuih pelita yang saya makan tadi. haha. tetapi kenyataan tetaplah kenyataan. cuba letakkan diri anda di tempat saya. perlu tak memikirkan sebarang kemungkinan??

  • huh. letih dah tulis. tak selesai masalah tetapi lebih lega. nak tdo awal mlm ni.xnak buat kerja ofis satu pun. buat kerja lebih masa macam men facebook dan tulis blog je. tapi kena tdo awal jugak. hari ini meeting 9-5. esok mungkin 9-6. perjalanan dah la jauh. jem plk tu. dah la lapar. sbb tu badmood sekarang. haha

  • dah la membebel. bnyk dah membebel. done. salam.

Saturday, April 16, 2011

Bila Diri Disayangi..

Salam. Blog macam terbengkalai sejak kembali bekerja. Tetapi bukan sebab bekerja tak update blog. Sebabnye ialah blog punye setting mcm kurang berhemah. Pesal semua bnda jadi satu perenggan ek? Persoalan yang membuatkan saya hilang mood nak menulis. Itulah punca dan sebagai akibatnya blog terabai. Bukan niat saya nak mengabaikan blog. Hehe.


Terpaksa la buat bullet begini.. wlpn mcam tak comel sahaja karangan saya


Kehidupan diteruskan dengan kesibukan. Kesibukan adalah hal yang sangat subjektif. Semua orang cakap masing-masing sibuk. Tahap kesibukan dengan treshold kesibukan setiap orang adalah berbeza. Kesibukan kadang2 membuatkan saya stress. Tetapi sebab makan terjaga kesihatan kurang mendapat kesannya. Tq to my mum yang sekarang duk sekali dengan saya di Setiu. Harap semua orang memahami dan tidak membuat sebarang andaian negatif. Opss. Lupekan apa orang kate selagi kite tak bersalah. X paham. Tak perlu paham. Hehe.


Namun kesibukan mungkin tidak memberi kesan kepada kehidupan kalau kesibukan itu tidak menyusahkan mahupun kita bekerja dengan seronok walaupun bekerja. Sometimes i can smile. Owh. Rase begitu disayangi dan dihargai dan gembira. Tq kepada semua yang mengambil berat. I must say thanx to all staf di pejabat yang sangat mengambil berat dan memahami. Most of them. Kakak-kakak yang baik hati. Dari CC hingga Nurses. Lelaki dan Perempuan. Sangat terharu.


"C.Aida.. saya dah pesan kat driver. jangan bagi cik angkat ape2 barang". My CC


"C.Aida. Sakit lagi ke kaki" (pertanyaan sewaktu saya nak menuruni tangga pejabat) "Sikit2 la".


OPss terlupa. Orang Penting. My boss. On d first day saya kembali bekerja. Bersalam dengan boss.


"Awak dah sihat ke?".. "Dah doktor"..bla.bla.bla.


Owh.. kalau nak ikutkan pertanyaan, memang banyak. Ke mana-mana pun orang bertanye. Yang tak dapat pergi melawat. Minta maaf. Owh. X perlu. Saya tahu ade sesetengah yang baik dengan saya tetapi kekangan masa dan pengangkutan tak dapat nak pergi. Bukan semua orang senang dan mempunyai transport kan. Saya bersimpati sbb mereka rase bersalah.


Baiklah. Amat letih wlpn hujung minggu still wat kerja ofis. Jumaat siapkan 4 proposal. Sabtu siapkan presentation prestasi (meeting bersama Timbalan Pengarah. takot wooo.. ) Ahad . Audit Klnik Rakan Bayi- KK Sungai Tong (borang x fotostat agi. Study pun tak agi). Isnin & Selasa - mesyuarat teknikal PZM. Rabu - meeting bulan pemakanan & Dapur sihat masyarakat setiu (kena chair meeting).


DONE. TIRED. BYE everybody. SALAM.