Wednesday, April 20, 2011

KehiLangan Tak Mudah Diterima..


  • Salam.

  • Hidup 2 hari adalah meletihkan. 2 hari meeting. Lupakan.

  • Bila kite mendengar sesuatu dari org yg lbh tua. Kita akan dapat meliht sesuatu perkara itu dari point of view yg berbeza. Serius. Kalau jenis yang ambik tahu la. Bukan sekadar dengar je.

  • Semalam sy dapat byk pengalaman dan pengajaran. Kagum. Mendengar cerita dari seorang staff yang baru kehilangan suaminya yang kembali ke rahmatullah 3 hari selepas hari raya haji tahun lepas. Hows she handle her life. Bagaimana die menjaga arwah semasa hidup ketika sedang sakit. Ayat die "saya tak sangka dia akan pergi secepat ini. Walaupun tahu dia sakit. Sebab saya mengharapkan dia akan pulih".. Die bercerita kepada saya dengan bersemangat seolah-olah kejadian 5 bulan lepas baru semalam berlaku.

  • Die yang saya kenali adalah seorang yang sangat happy go lucky dan ceria. Begitu. Saya mengenalinya selepas die berpindah ke pejabat tempat saya bekerja sekarang. Kiranya waktu itu arwah baru sahaja meninggalkannya.

  • Betullah. Kita hanya memandang luaran dan mata memang boleh menipu.

  • Satu perkara yg saya kagum. Die boleh bercerita mengenai arwah suaminya. Tanpa rasa sedih sedangkan orang lain hendak menuturkan satu patah perkataan pun boleh menangis. Dia sangat kuat. Kagum lagi bile die bercerita die selalu teringatkan arwah. Terutama bila ke pejabat. Waktu memandu seorang diri. Maka keluar air mata. Kerinduan itu nampak mendalam. Kasih sayang itu terpancar. Ingatan itu takkan luput. Walaupun dalam nada bergurau senda tetapi saya tahu die kerinduan pada insan yang pernah hidup bersamanya. Dan die sangat merasai kehilangan itu tetapi die tahu menanganinya. Kagum.

  • Di usia begitu. Nampak seperti CINTA mereka tidak pernah pudar sehingga kini.

  • Owh. Saya sangat kagum. dan Terharu.

No comments:

Post a Comment