Wednesday, May 6, 2009

AmaLan Hidup Seorang Muslim

Mengikut sunnah Rasulullah S.A.W

katakanlah akil baligh pada usia 12 tahun

tidur 6 jam sehari bersamaan 1/4 hari
jika hari ini 40 tahun, maka 40-12=28/4
anda telah tidur selama 7 tahun

kerja 8 jam sehari bersamaan 1/3 hari
jika hari ini 40 tahun, maka 40-12=28/3
anda telah bekerja selama 9 tahun 4 bulan

satu solat fardhu 10 minit
5 kali /hari = 50 minit, katakanlah sejam sehari bersamaan 1/24 hari
jika hari ini 40 tahun, maka 40-12=28/24
anda telah solat selama 1 tahun 2 bulan

Adakah logik?
Pada usia 40 tahun 7 tahun dihabiskan untuk tidur, 9 tahun 4 bulan dihabiskan untuk bekerja
dan hanya 1 tahun 2 bulan sahaja dimanfaatkan untuk solat!!
kalau campur solat sunat pun paling tinggi hanya 2 tahun

"Di Padang Mahsyar tidak berganjak kaki seorang hamba sehingga ditanya tentang 4 perkara Umurnya untuk apa digunakan, Sihat badannya apa ia diusahakan, Ilmunya apakah diamalkan, Hartanya dari mana ia dapat & ke mana dibelanjakan"
Mu'adz bin Jabal ra

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku"
Surah az-Zaariyat; 56

"Orang yg mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata,
Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptkan ini dengan sia-sia belaka"
Ali Imran:191

Berapa banyak pahala yang sepatutnya kita dapat telah terlepas
Mulai saat ini pastikan kerja, solat, tidur baring, pergaulan, keluar masuk rumah, makan minum, pakaian, penampilan diri dan segala macam aspek kehidupan tidak lagi sia-sia dan sentiasa dikira dalam ibadah.

Titipan RaSa: Ingin Berkongsi Bersama Anda Semua.. Apa yg Saya Baca.. Saya Panjangkan pada Anda Semua..

4 comments: