Salam.
Sy agak rajin menulis skang.. Curi sedikit mase untuk coretkan kata-kata dan cerita di sini. Hehe. Saya rase gembira dan lega sbb :
Orang yang mcm bergaduh dan berselisih faham dengan saya dah ok dengan sy. Hehe. Kita kawan, kenapa perlu perbesarkan hal itu. Saya sudah rendahkan hati untuk memulakan perbualan. Kenapa nak mewujudkan sengketa menambahkan ketidakselesaan yang sudah sedia ada. Entah la. Hal peribadi berlaku di tempat kerja memang merumitkan keadaan wlpn senang nak cakap kami profesional. Tetapi alhamdulillah segalanya sudah kembali baik. Harap tiada hati yang berduka lagi.
Gossip. Dalam hari yang same saya dengar 2 gosip yang berbeza mengenai diri saya. Cerita yang tersebar sedangkan empunya diri (saya) tak tahu apa2, orang lain sudah bercerita. haha. Jangan dilayan gosip. Itu kata kawan saya. Saya menghormati apa sahaja pandangan dan perasaan orang pada saya. Tetapi adalah tidak adil untuk memuaskan hati orang lain sedangkan saya pun keliru. Tetapi sy tidak akan pernah meperlekehkan perasaan orang sebab saya rase itu perbuatan kejam melampau yang tidak sepatutnye dilakukan kepada sesiapa sahaja.
Saya tidak suke ketidakpastian. Itu pasti. Kalau marah, katakan marah. Kalau tak puas ati, luahkan saja. Jangan tunjuk perasaan dan mintak sy berfikir dan bersedih. Kind of penderaan perasaan sama ada saya akan rase bersalah atau rasa marah. kadang2 confuse mana kah perasaan yang perlu ditunjukkan.
Saya tak tahulah saya terlebih mesra ke. Kemesraaan di salah erti kan. atau entah la. Sy memang baik dengan semua orang. Tidak secara personal dan di luar waktu kerja kecuali mereka yang sy anggap kawan. Selebihnya saya anggap semua staff lelaki abang atau pun mcm ayah. Itu saya jujur. Orang lain berperasaan lebih dari itu sy tak mampu nak menghalang. Hish. Gosip kadang2 merumitkan keadaan , lebih2 lagi disebabkan kita ade hati yang terluka.
bagus la dh ok :)
ReplyDelete~ Aisyah ~