Monday, January 30, 2012

unOrganiZed WoRK!

Salam.

Bile sebut WORK. Maka sudah terang lagi bersuluh nak bercerita pasal kerja. Ketepikan soal peribadi mahpun rase susah hati sbb pandangan orang pada kita.

Rajuk !

saya bukan merajuk tetapi saya kecik hati dan sedih. Saya telah dilantik sebagai Ketua Juruaudit Dalaman ISO bagi pejabat saya sejak hari pertama melapor diri. Lantikan turun temurun. bukan kerja mudah (ayat sangat klise!). namun percayalah saya sangat memaksudkannya. juruaudit dalaman (JAD) merungut kerja nak audit sukar. apatah lagi saya sebagai Ketua JAD. kena plan, kena keluarkan surat lantikan juruaudit setiap tahun kepada setiap juruaudit. Buat jadual aduit. Plan betul2 sbb juruaudit akan jadi auditee (orang yang diaudit) bagi unit masing2. Tak boleh clash tempat. Kena ambil kira kelapangan auditee dan JAD. Klinik busy atau tidak. dan sebagainya. Setiap tahun, audit SIRIM akan datang, saya akan diaudit. Setiap tahun ade teguran, saya berusaha dan berhempas pulas untuk buat penambahbaikan, cume saya sangat kecewa apabila JAD tak memberi sokongan dan sedikit main2. Sangat sedih. peg farmasi yang merupakan wakil pengurusan ISO pejabat menenangkan saya dengan mengatakan saya tahu cik aida dah berhempas pulas, dah mencuba terbaik. sabar. saya sangat kecewa dan kekecewaan itu menyebabkan saya mengalirkan air mata. Katakanlah apa saje. Drama queen, atau ratu air mata sekalipun, i dont care. Saya merasai nya kerana saya begitu bersungguh untuk memastikan segalanya berjalan lancar namun apa guna dan apa tahap kemampuan kita kalau hanya kita yang berdiri tegak untuk terus berjuang sedangkan yang lain mahu atau tidak mahu hampir sama perasaan itu.

Paksa rela. Saya pun tidak rela. Kalau diberi pilihan saya pun tidak mahu diberi tugas itu. Bukan tugas hakiki. dalam sedih ada marah dan dalam marah ade kekecewaan yang mendalam. saya tinggalkan semalam yang kecewa.

EnTaH!

sejak 1-2 minggu ni, saya macam hilang arah tetapi yang bagusnya saya tidak stress. Bukan nak cakap bagus hilang arah sbb tak menjadikan kite stress. Nak bgtau saya hilang arah, dan BIASAnya saya akan stress tetapi kali ni sy cool. Good enough for me. Saya pergi kerja saya tak tahu nak buat ape wlpn kerjanya banyak tetapi sy buat kerja. Saya buat je kerja tanpa plan. sbb tu skang sy pergi kerja lambat. I mean dekat2 pukul 8. Biasanya 7.30 saya dah ade kat ofis, tergedik2 buat kerja. Haha. Bukan tergedik2 la. Mulai esok saya kena plan pe yang sy patut buat. Sbb takut ter"miss". Buat kerja yang boleh dikatakan skop yang besar dan bkn buat bnda sama setiap hari sangat memungkinkan kita lupa. banyak kerja satu hal. banyak skop satu hal. saya banyak program bulan feb, kursus, program, ceramah tetapi sy macam cool je. saya pun hairan dengan diri sndr. Macam hari khamis kena bagi talk kepada staff tentang penyusuan tapi saya satu bnda pun x prepare lagi. Entah!

ManJa atau SenSeTif!

yang ni saya pun tak pasti. ikutkan lucu juga, staff buat hal tetapi sy kecik ati smpai menangis. Tp ingt! bukan kat ofis ok. Lepas waktu pejabat. Saya faham, bila kite buat yang terbaik kite mengharapkan yang terbaik. Tak kisah la, dari sudut hasil, perjalanan sesuatu mahupun komitmen semua orang. Cuma saya mungkin terlepas pandang bahawa tak semua orang seperti kite. dari sudut komitmen ataupun kesungguhan, dan mereka didorong juga oleh persekitaran mereka. Dalam staffing, ade yang bagus dari satu sudut tetapi lemah dari sudut yang len. itu diakui. Expectation jangan terlalu tinggi kepada dr sndr mahpun orang lain. Saya manja Ke? Orang cakap? No komen. Saya kebudak2kan! certain thing and certain part wif certain people! saya memang mcm budak2 la tapi saya deep thinker. Baik, buruk, possibility semua saya fikirkan wlpn kadang2 saya macam budak2. Mind U! Jangan nak buli. Orang tak berani pun. Keh2...

No comments:

Post a Comment