Sunday, May 27, 2012

SeHat @ SiHaT??

 Beza ke SEHAT @ SIHAT???

Bertambah SEHAT bermaksud bertambah berat badan... boleh tak nak cakap cmtu... seriusly i'm put on weight. Ramai staff dah menegur.  Mungkin sbb effect ubat yang dimakan... Ubat itu telah meningkatkan selera makan dengan jaya. Lapar sentiasa. Semua makanan nampak sedap. Hurmmm... Sudah nak control diri. Sampai BP pun dah naik hingga 132/92. Bahaya. Bahaya. Mak dah bising. Dia kate "kawal sikit makan" . Tak takut ke. She means tak takut ke kena hypertension. Yela. Takkan nak tambah koleksi ubat kan. Ubat HPT sedangkan ubat sekarang pun dah tak terlarat nak makan. 


Staff pun dah komen : cik aida sihat sekarang, kembung pipi! psiko la. 


Kebenarannya : Berat saya sekarang ialah 47kg, tinggi saya memang tetap ah 146 cm. Jadi BMI saya sekarang ialah 22.0 . Ideal body weight. Sepatutnya OK la kan! 

Tetapi disebabkan staff di Setiu tak pernah tengok saya seSEHAT ini, jadi mereka nampak saya naik berat sedangkan kalau staff contohnya di Kuala Berang dah pernah tengok saya versi SEHAT cakap OK je dengan berat badan sekarang. 

Tadi tanya senior PZM , cakap la, camne ni kak ratna, bertambah SEHAT ni. Die kate OK la, kalau dulu nampak kurus sangat, nampak cengkung. 

Sebagai PZM sepatutnya x perlu risau sbb dah tahu BMI memang ideal, bukan setakat normal tetapi ideal body weight tetapi sikap manusia kot, kalau dah ditegur ke arah negatif lama2 terpengaruh juga sedangkan i know better my body status. 

Tetapi baiknya, saya dah bersukan sekarang, main bola jaring at least 3x/week. At least la kalau sesibuk mana pun, kalau x sibuk sangat x keluar daerah ke waktu petang, insyaallah akan turun main. At least 30 min per session. Biasanya lebih lame dan non-stop.  Dengan BMI yang normal, exercise 3 times per week wth at least 30 minutes duration per session is quite OK la kan. Lagipun dengan tahap kesihatan yang tak berapa membolehkan saya bersukan secara bebas, i mean kena pilih sukan yang sesuai dengan keadaan kaki saya,OK la kan pe yang saya lakukan. Juz dat i'm focusing on reduce fat percent 1st rather than reduce my weight which will be my second target. 

Good LucK untuk Diri Sendiri.  Assalamualaikum.

Friday, May 25, 2012

CepatnYa MaSa BerLaLu....

Setiap tahun rasa macam sekejap.. Macam sekarang.. Dah end of Mei ... hampir setengah tahun sudah.
Terlalu cepat masa berlalu.. Banyak perkara yang sudah berlaku... Manusia bergerak seiiring dengan waktu.. Tetapi saya tak pasti dengan saya.. Rase macam sama. Adakah itu satu perkara yang tak bagus untuk diri sendiri. Apakah sy tiada kemajuan mahupun pencapaian seperti orang lain?

Dari sudut kerja mungkin ada perbezaannya. Sebagai pekerja. Mendapat kepercayaan daripada bos adalah sesuatu yang sukar. Sesiapa yang mengenali beliau pasti mengetahui apa yang saya maksudkan. Menjadi seorang yang "pandai buat kerja" di mata beliau adalah sangat sukar. Lupakan senioriti kerana itu bukan jaminan. Jika kamu tidak bagus. kamu tetap tidak bagus. Bekerja 1 tahun 11 bulan. Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan usaha saya. Sekurang-kurangnya saya sudah boleh bercakap dan memberi pendapat dalam mesyuarat. Saya ketua unit paling muda! Dan bile saya menegur ketua unit lain, mereka tidak menunjukkan muka memperlekehkan saya malah menunjukkan hormat terhadap pendapat itu apatah lagi bila disokong oleh bos! Alhamdulillah. Bersyukur segala usaha saya, bukan nak tunjuk bagus tetapi dalam kita berusaha untuk memberi yang terbaik, orang sekeliling melihat kita tanpa kita sedari. Dari situlah terbit kepercayaan mungkin.

Saya bercuti 4 hari awal Mei untuk menghadiri majlis konvokesyen adik saya di UPSI. Mencuba jadi kakak dan anak terbaik sentiasa ada di hati. Apa-apa yang diingini oleh adik-adik sejak dulu saya cuba usahakan. Mereka ada masalah saya cuba selesaikan. Menjadi orang tengah sudah kemestian. Memahami mereka sebagai anak remaja kadang-kala perlukan sedikit kebebasan dan kehidupan berseronok bertentangan dengan ibu yang kadang-kala terlalu protective dan bimbang dengan anak-anak. Tiada yang bersalah dan perlu disalahkan kerana masing-masing punya sebab sendiri. Cume bila berlaku ketegangan perlu ada pihak yang menjadi orang tengah, Saya berusaha memahamkan adik2 kerana memang itu sikapnya seorang ibu. Dan berusaha memahamkan ibu bahawa adik2 sudah cukup dewasa untuk membezakan baik dan buruk kerana mereka telah dididik dengan baik wlpn tidak sempurna ataupun ada kekhilafan di sana sini. Manusia itu ade khilafnya.

Balik dari bercuti seminggu saya menerima surat arahan untuk menghadiri kursus pentauliahan intensif fasilitator budaya korporat dan soft skill peringkat negeri. Tergamam dengan surat, saya ajukan kepada unit latihan kenapa saya yang perlu hadir? Terbit di minda! Saya paling junior, dan masih ramai ketua unit yang lebih senior yang mungkin lebih layak untuk jadi fasilitator. Budaya korporat di Kementerian Kesihatan dan soft skills bukanlah benda baru. Jadi staff yang lebih senior lebih maklum dan tahu mengenai dua elemen ini termasuk mungkin telah selalu menjalani latihan/ kursus mengenainya. Kenapa saya yang setahun jagung dipilih? Rasa ketidakpuasan hati juga timbul kerana jawatan saya hanya satu di daerah, kalau saya berkursus selama 3 hari, tiada pengganti. Sedangkan semua ketua unit lain mempunyai statf yang boleh mereka amanahkan kerja bila tiada di daerah. But i have nonody! Lalu jawab pem tadbir tersebut, "tak tahu cik aida, bos yang pilih nama cik aida". So, im speechless... Tipu kalau saya katakan saya tidak bangga mendapat kepercayaan sebegitu tinggi daripada orang yang kita hormati, rasa berbaloi usaha dan kerja keras selama ini wlpn bukan niat di hati nak dapatkan nama,  namun saya juga bimbang dengan implikasinya. Kerana saya tahu, pergi kursus bukan setakat pergi kursus, perlu ade kesinambungan selepas itu. Kita akan menjadi penggerak di daerah. Mahu atau tidak itu adalah amanah yang telah diberikan. Amanah adalah satu perkara yang perlu dipikul dan bebannya terlalu berat shingga tak terlihat oleh mata. Kursus budaya korporat atau budaya kerja cemerlang atau soft skills adalah sesuatu yang menyeronokkan terutama bagi peserta. Lebih santai kerana lebih menekankan nilai-nilai murni sebagai pekerja, penyampai perkhidmatan kepada masayarakat namun sebagai fasilitator itu adalah sukar. Pada pendapat saya, perlukan orang yang emosi nya kuat, perlu bermain emosi untuk memberi pengajaran dan mungkin mengubah sikap sesetengah peserta yang hadir supaya dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan seterusnya meningkatkan nama baik jabatan. Berat tugas itu. Pengaruh kita perlu kuat untuk mempengaruhi orang lain.

Menghadiri kursus tersebut, ternyata saya adalah peserta paling muda! Gementar itu ada namun saya cuba kurangkan! Bergaul dengan senior yang umurnya sudah ada yang mencecah 58 tahun. Satu pengalaman. Sepanjang kursus satu perkara yang bermain di fikira saya adalah, bagaimana saya akan jalankan kursus di daerah. Organize kursus sudah biasa, jadi fasilitator teknikal sudah biasa tetapi yang ini saya harus banyak belajar dan tiada pengalaman. Namun, saya tahu, mahu atau tidak saya perlu lakukannya. Buat apa berfikir negatif sebab itu tidak membantu. Saya akan lakukannya wlpn sesukar mana. Sementelah di akhir kursus bos saya hadir sebagai perasmi penutup mewakili pengarah kesihatan negeri. Beliau kata pada saya sebelum balik "lepas ni buat! Lepas raya" . Saya sudah mencongak, saya mungkin ada 3 bulan untuk bersedia. Dan saya sangat bersemangat untuk menjalankannya walaupun saya sendiri masih xtahu apakah saya mampu menjadi fasilitator yang baik atau tidak. Pray for me!

Satu berita baru, saya ada housemate baru. Pen peg kesihatan persekitaran/IK baru. Junior. Sekarang dia sudah menjadi mangsa kedua untuk orang bertanya mengenai saya "Cik Aida ada boyfren tak lagi?". Soalan yang selalu ditanye kepadanya. Pity her! Kehidupan peribadi saya terutama mengenai "someone" in my life adalah terlalu peribadi dan sukar dijangka oleh staff lain. Kalau diusik pun saya hanya senyum. Tiada "yes" or "No". Mungkin sbb itu persoalan sentiasa timbul. Saya sedar selari dengan pertambahan usia, soalan-soalan sebegitu akan semakin kerap ditanya. Kalau dulu, orang kurang bertanya, namun sekarang sudah makin banyak yang bertanya. Dulu my auntie x pernah tanya, sekarang sudah bertanya. Obvious! Secara jujurnya saya masih belum tertekan dengan soalan itu, wlpn kadang2 rase kurang selesa terutama bila orang yang terdekat yang bertanya. Orang lain yang bertanya saya tidak terlalu terasa kerana mereka adalah orang yang datang dan pergi dalam hidup saya. Mungkin sekadar manis mulut untuk bertanya. Tetapi tidak bagi keluarga, mereka bertanya kerana mengambil berat. dan bila seorang kawan yang rapat cakap " aku tak tahu ape yang ko nak!". Saya sedar saya sendiri pun tiada arah dan kabur tentang perkara ini dalam hidup saya. Yang lain mungkin saya pasti, tentang my work, tentang my family but not about. Serius saya x pasti arah tujunya. Hows my life for 5 years ahead. Entah la. Semoga yang terbaik. Tentunya terbaik dariNYA. Takdir Allah itu yang terbaik wlpn kita rasa kehilangan dan kekurangan. Mungkin belum masanya kerana Allah tahu yang terbaik untuk saya! Keep telling myself, pray for the best , n lets HIM do the rest. Asalkan kita berusaha dan berdoa selebihnya tawakkal.

Sekian. entri yang cukup panjang. Cover April + Mei 2012 kot. Assalamualaikum!

Saturday, March 24, 2012

Sudah Cukup Sudah!

Salam.

Sekian lame blog ditinggalkan tanpa niat tetapi dengan alasan sibuk. Haha. Poyo sungguh kata-kata.. Actually banyak yang berlaku sejak 11 Feb (my last post) hingga hari ni 24 Mac. sebulan lebih.

Selepas 2 big state program on d same day, iaitu Hari Sambutan Kanser Sedunia Peringkat Negeri Terengganu (PKD Setiu selaku tuan rumah) dan Pelancaran Pasaraya Sihat (unit pemakanan negeri). Saya jatuh sakit. Actually saya demam sebelum tu lagi akibat terlalu sibuk dan stress. On dat day, selepas kedua2 program saya demam teruk. MC 2 hari. Jumaat dan sabtu berterusan then ahad saya ke klinik lagi sbb demam berpanjangan dan sakit bahu. Then i was admitted at Hos Hulu Terengganu for 4 days sehingga rabu, Khamis mintak dengan bos sehari lagi cuti rehat. ahad cuti umum untuk trg. Masih kurang sihat tetapi ok la. Then, isnin dan selasa kerja wlpn selasa sakit datang balik. But mlm tu sakit kembali teruk. Dah menangis2 tahan sakit, ubat tahan sakit makan pun x jadi pe jgk. Mak dan adik dan my kazen datang ambik. Kol 11 malam sampai setiu then balik k.berang. Sampai kole berang dalam pkul 12 lebih. MC 2 ari. Then, alhamdulillah sudah pulih. nak drive jauh2 xleh, setakat dari umah ke k.berang xpe la. Tu pun, sekejap2 je. Adik yang drive nak ke mana2.

Itulah kehidupan sehingga 8 mac 2012.

Sekian upadate. Doakan saya sihat ye kawan2....

Saturday, February 11, 2012

Liga S...

MOOD Hilang... Terengganu ketinggalan 0-2 kepada kelantan... {sekarang dah habis}

Mood nak tengok bola dan makin berkurang dan hampir hilang. Sebabnya adalah kehadiran pemain import. Entah. Pasukan yang mempunyai pemain import yang bagus biasenye akan naik. jadi di manakah pemain tempatan kalau prestasi pasukan disandarkan kepada kekuatan pemain import. Saya masih tertanye2 apekah relevannya pemain import dibenarkan untuk liga super. Liga Super 2011 cukup meriah dan prestasi pasukan pun baik. Sehingga lahir ramai pemain2 yang baik dan boleh bermain untuk pasukan kebangsaan. Apekah relevannya FAM benarkan kemasukan pemain import. Kalau dengan alasan nak meningkatkan prestasi pemain sebagai cth nak kalau striker nak dapatkan patner yang lagi baik, rase cam tak je. Kalau d tengok prestasi terengganu, tenggelamnya manaf mamat, ashaari shamsudin dan hadi yahya. Penjaring terbanyak siapa sekarang? Pemain import. So, ape relevan nye? FAM tolong jawab. Bajet FAM bace blog ko kan.. Hahaha... Forget it.

Thursday, February 9, 2012

weLCoMe Feb... sekuntum mawar merah... di bulan februari..

TodaY... 9 fEBRUAri 2012.. baru sempat writing blog. kesian saya. busy dan terbengkalai hidup. hari ni ari khamis sepatutnye gov d trg balik pukul 3.30 petang tapi i balik pukul 4.30. ade discussion dengan bos, fms dan matron dalam bilik bos.. tapi boleh plk gelak2...

bos mention name one staff then i gelak. bos tanye nape awak gelak. ok. done. isu P &C. x boleh dipaparkan di sini.

tengah tulis blog ni dengan niat lepas ni nak wat kerja sambil dengar thr di TV. Kalau sy bukan AXN atau sebagainya, kompem mata duk tengok TV je.. kerja x buat. gegar CINTA. haha.. layan je la...

no idea.. see u next episode!

Monday, January 30, 2012

unOrganiZed WoRK!

Salam.

Bile sebut WORK. Maka sudah terang lagi bersuluh nak bercerita pasal kerja. Ketepikan soal peribadi mahpun rase susah hati sbb pandangan orang pada kita.

Rajuk !

saya bukan merajuk tetapi saya kecik hati dan sedih. Saya telah dilantik sebagai Ketua Juruaudit Dalaman ISO bagi pejabat saya sejak hari pertama melapor diri. Lantikan turun temurun. bukan kerja mudah (ayat sangat klise!). namun percayalah saya sangat memaksudkannya. juruaudit dalaman (JAD) merungut kerja nak audit sukar. apatah lagi saya sebagai Ketua JAD. kena plan, kena keluarkan surat lantikan juruaudit setiap tahun kepada setiap juruaudit. Buat jadual aduit. Plan betul2 sbb juruaudit akan jadi auditee (orang yang diaudit) bagi unit masing2. Tak boleh clash tempat. Kena ambil kira kelapangan auditee dan JAD. Klinik busy atau tidak. dan sebagainya. Setiap tahun, audit SIRIM akan datang, saya akan diaudit. Setiap tahun ade teguran, saya berusaha dan berhempas pulas untuk buat penambahbaikan, cume saya sangat kecewa apabila JAD tak memberi sokongan dan sedikit main2. Sangat sedih. peg farmasi yang merupakan wakil pengurusan ISO pejabat menenangkan saya dengan mengatakan saya tahu cik aida dah berhempas pulas, dah mencuba terbaik. sabar. saya sangat kecewa dan kekecewaan itu menyebabkan saya mengalirkan air mata. Katakanlah apa saje. Drama queen, atau ratu air mata sekalipun, i dont care. Saya merasai nya kerana saya begitu bersungguh untuk memastikan segalanya berjalan lancar namun apa guna dan apa tahap kemampuan kita kalau hanya kita yang berdiri tegak untuk terus berjuang sedangkan yang lain mahu atau tidak mahu hampir sama perasaan itu.

Paksa rela. Saya pun tidak rela. Kalau diberi pilihan saya pun tidak mahu diberi tugas itu. Bukan tugas hakiki. dalam sedih ada marah dan dalam marah ade kekecewaan yang mendalam. saya tinggalkan semalam yang kecewa.

EnTaH!

sejak 1-2 minggu ni, saya macam hilang arah tetapi yang bagusnya saya tidak stress. Bukan nak cakap bagus hilang arah sbb tak menjadikan kite stress. Nak bgtau saya hilang arah, dan BIASAnya saya akan stress tetapi kali ni sy cool. Good enough for me. Saya pergi kerja saya tak tahu nak buat ape wlpn kerjanya banyak tetapi sy buat kerja. Saya buat je kerja tanpa plan. sbb tu skang sy pergi kerja lambat. I mean dekat2 pukul 8. Biasanya 7.30 saya dah ade kat ofis, tergedik2 buat kerja. Haha. Bukan tergedik2 la. Mulai esok saya kena plan pe yang sy patut buat. Sbb takut ter"miss". Buat kerja yang boleh dikatakan skop yang besar dan bkn buat bnda sama setiap hari sangat memungkinkan kita lupa. banyak kerja satu hal. banyak skop satu hal. saya banyak program bulan feb, kursus, program, ceramah tetapi sy macam cool je. saya pun hairan dengan diri sndr. Macam hari khamis kena bagi talk kepada staff tentang penyusuan tapi saya satu bnda pun x prepare lagi. Entah!

ManJa atau SenSeTif!

yang ni saya pun tak pasti. ikutkan lucu juga, staff buat hal tetapi sy kecik ati smpai menangis. Tp ingt! bukan kat ofis ok. Lepas waktu pejabat. Saya faham, bila kite buat yang terbaik kite mengharapkan yang terbaik. Tak kisah la, dari sudut hasil, perjalanan sesuatu mahupun komitmen semua orang. Cuma saya mungkin terlepas pandang bahawa tak semua orang seperti kite. dari sudut komitmen ataupun kesungguhan, dan mereka didorong juga oleh persekitaran mereka. Dalam staffing, ade yang bagus dari satu sudut tetapi lemah dari sudut yang len. itu diakui. Expectation jangan terlalu tinggi kepada dr sndr mahpun orang lain. Saya manja Ke? Orang cakap? No komen. Saya kebudak2kan! certain thing and certain part wif certain people! saya memang mcm budak2 la tapi saya deep thinker. Baik, buruk, possibility semua saya fikirkan wlpn kadang2 saya macam budak2. Mind U! Jangan nak buli. Orang tak berani pun. Keh2...

Saturday, January 28, 2012

BeGiNI AkhirNYa....

Salam..

I'm back... for good insyaallah... back?? ok, let me explain. saya sudah activated balik my FB. reason? no reason. saje suka2.. tempoh percubaan sebenarnye. many gud news yang saya ketinggalan. my roomate at science dungun engaged. congratz and hepi for her. dengan my ex-school. unexpected. but life memang begitu kan. ketidakjangkaan itu merupakan satu bentuk keterujaan.

pengalaman dalam tempoh deactivated fb? jiwa lebih tenang. serius. macam x hiraukan dunia luar. sbb tu rase cam nak deactivated balik. membazir masa memang ya. bace status orang kat fb kadang2 menimbulkan pelbagai perasaan. sbb saya jenis yang akan endahkan semua benda. bukak page kawan2.. tau perkembangan terkini. perkembangan diri sndr xde jugak. haha. juz kidding.

hahaha
kadg2 saya rase menyampah dengan orang yang berpura2 di fb
bnyak yang indah kabar dari rupe
kenapa kite wat status
luahan perasaan ?
atau menarik perhatian orang untk komen
kenapa kite letak gambr kite
kongsi kegembiraan atau nak kongsi kecantikan
letak status wanita patut dipandang tinggi tapi kat luar bukan men free hair
berkasih sayang d fb
bgtau kami hanya kawan
apekah segala pendustaan ini
kite tak nampak
jemputan kawen di fb
sekadar cukup syarat
atau kite memang nak jemput.
sedangkan orang yang menjemput kadang2 tak kenal pun orang yang dijemput.
dusta...
wlpn tak semuanya begitu
masih ramai yang jujur.
adalah kejam untuk saya memaparkan segala keburukan
sedangkan terdapat jua kebaikan.
jangan disalah guna sahaja.
facebook terlalu terbuka.
untuk kite luahkan setiap titip perasaan yang terlalu peribadi.
kepada siapa hendak kite hamburkan kemarahan atau kekecewaan
tidak salah
bergantung pada individu kan.
ada orang mampu mengawal diri
ada yang tidak
akhirnya menjerat diri.
sebelum bertambah parah saya mengundurkan diri.

ok. lupekan berkenaan fb. pilihan di tangan masing2.

saya sayangkan sebuah persahabatan. sahabat dan kawan adalah berbeza. kita boleh berkawan dengan ramai orang tetapi untuk mencari sahabat sukar apatah lagi sahabat sejati. tiada manusia yang sempurna. berakhirnya sebuah persahabatan. saya maafkan. saya tak tahu di mana silapnya sebab hilangnya tiada kabar. kalau saya bersalah saya harap saya dimaafkan. dan jika bukan silap saya, saya juga sudi memaafkan. saya tidak mahu ada nya sengketa kerana hati akan lebih terluka.

sekian...

Wednesday, January 25, 2012

aKU MaaFKan Kamu!!

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu

Yang aku

Maafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku


********************

lirik mendalam... saya tujukan kepada mereka yang pernah menyentuh hati saya dengan perbuatan dan kata2 yang mengguris hati terutama mereka yang mengenali saya secara dekat. Semoga tiada sengketa yang bakal timbul sbb ketahuilah tiada dendam di hati cume untuk seperti dulu adalah sesuatu yang di luar jangkauan.


saya mungkin mudah terpedaya. sbb saya memang menghargai setiap insan yang hadir dalam hidup saya walau siapapun dia. kalau dikatakan saya mementingkan jawatan dan kedudukan saya tak melepak di di kaunter dan berborak dengan staf lain. kalau jurang pemisah dikatakan wujud, siapakah yang mewujudkannya kerana bagi saya semua manusia adalah sama dan layak dilayan sama rata kecuali mereka yang tiada adab dan sopan mungkin saya tak layan dan xkan melayan.


kebaikan itu jangan disalah ertikan. saya tidak mudah terasa wlpn saya berhak. saya tidak marah walaupun saya berhak. saya tak berkira wlpn ade yang mintak tolong tak berkaitan dengan kerja saya, saya sedia membantu wlpn sekadar idea mahupun sekadar mendengar keluhan. cume jangan melampaui batasan. gurauan perlu ade hadnya. kata2 perlu ade manisnya. perbuatan perlu ade kewajarannnya. dan jangan mengambil kesempatan di atas kelonggaran yang diberi.


saya tak suka memberi arahan wlpn sebenarnya itu arahan. saya lebih suke meminta tolong untuk melaksanakan sesuatu. tetapi jika saya minta pertolongan, saya tak suka minta banyak kali sbb takut orang tak suka. pada saya, cukuplah sekali sbb tak mahu dikatakan mendesak. jika mereka take serious it will continue by action or any respon as should. kalau tidak, saya anggap mereka tak ambil serius tentang apa yang saya minta dan saya amat tidak boleh bekerjasama dengan orang yang merasakan hanya mereka yang busy dan tak sempat nak ambil tahu hal kerja orang lain.

Friday, January 20, 2012

Saya Masih Di Sini!

Perlukah tengok cerita NADA CINTA setiap hari? Maraton setiap sabtu. soalan yang selalu bermain di fikiran. Haha. Lupekan. Kalau orang yang tengok sinetron indon cakap pe la cite ni, mengarut je lupekan saja kalau anda ingt mereka tak akan tengok dah selepas merungut. Tidak.. tidak..

Okeh. Lupekan.

Tq to my BFF... cik nurul huda binti razali atas kiriman card anda.. sgt excited when one of staff clinic sms " cik aida dah ambik sampul surat warna pink, ade kiriman untuk c.aida. sy letak dalam pigeon hole"... tq UDEQ!

proceed!

NIAT & KEIKHLASAN!

sukar ditafsirkan. bila kite ikhlas kite tak perasaan pun ape juga kebaikan yang kite lakukan, atau kite lakukan tanpa sedar. itu memang ikhlas. sbb kite tak berfikir pe yang orang cakap, adakah orang tengok kite buat baik, bos tahu ke tak?

salah seorang staff pernah tanye saya, bile die jumpe sy di pejabat on saturday which PH la ari tersebut di terengganu. Saya pergi program dari pagi smpai tengahari, balik kuarters, solat zohor, masuk ofis.

Staff A: Kuat nye kerja c.aida. Bos tahu ke tak ni?
Me: Hahaha. Dia tak tahu pun xpe..

Serius sy memang tak terfikir pun pasal bos perlu tahu sy masuk pejabat hari sabtu. Tidak perlu tahu pun xpe.

Baru ni my auntie risau cucu die. Senang nak dapat kerja ke tak.. ambik course camtu. MY mom said la xyah la pikir pasal tu lagi. Biar die belajar dulu. Lepas tu my auntie cakap:

"Tu la. Tengok kak long (saya la). Semua orang kata susah nak dapat kerja. Tapi cepat je"

Alhamdulillah, rezeki saya dan keluarga. Masa saya habis belajar. Saya memang nak cepat dapat kerja. Bukan sebab saya nak beli nset baru, baju baru, handbag cantik, nak beli kereta. Tidak. tidak. Lesen kereta pun tak ade dan tak terpikir nak ambik. Saya tak pernah berdendam dengan kesusahan dengan kesusahan hidup saya. Saya tak pernah terpikir, tengok org pakai nset canggih dan saya cakap kalau ak dapat kerja, ak nak beli nset camni jugak. Tengok la nanti. Tidak. Saya bukan begitu, mungin sbb sy bukan jenis technology punye orang. Kalau orang tanye saya pakai nset pe, sy tahu sony, tapi jenis pe sy mmg tak tahu.

Mungkin kerana, sy memang betul2 nak daptkan kerja dengan niat nak tolong mak yang banyak berusaha dan berkorban untuk sy dan adik2. Memang itu sahaja niat sy. Tidak yang len. Orang lain nak pakai honda civic ke, perdana ke, gen2 ke, myvi sekalipun. Saya tidak ke arah itu. Cuma saya harap dapat beli kereta sbb kesian tengok mak selalu kena hujan naik motor. Itu sahaja. Bukan nak show off. Memang segalanya demi keluarga yang saya fikirkan.

Dan mungkin dengan itu, Allah permudahkan rezeki saya. Saya tak pernah terfikir nak berehat dulu selepas habis belajar baru nak cari kerja. Sbb saya tahu saya ada tanggungjawab yang perlu dipikul. Saya lakukan segalanya demi keluarga.

Alhamdulillah. Saya bersyukur, kedua2 adik saya berada di menara gading. Terima kasih Ya Allah. Saya senang hati wlpn sy tahu itu bukan jaminan untuk hidup senang pada masa akan datang tetapi sekurang-kurangnya mereka ada segulung ijazah. Yup. Saya bersusah sekarang, tanggung kedua2nya. Xpe lah. Saya tak pernah merungut saya tak ada duit. Depan ibu mahupun adik2. Wlpn kadang2 mcm tak cukup duit. Dan kalau ade sebarang masalah, sy pendamkan sahaja.

Semoga Allah beri saya kekuatan menghdapai segalanya.
Semoga Allah tetapkan hati saya. Amin...

Sunday, January 15, 2012

No PoInTs..

Salam

Namun Ku Punya Hati... Juga Gayaku ... Perasaan.. Hidupku yang bergini.. Kadar waktu diizin Tuhan..
Tidak ku minta lahir ke dunia.. tidak ku duga cacat begini.. bukan ku minta.. kasih dan manja.. bukan ku rayu bantu simpati...
maafkan wahai teman.. ku menumpang d sudut dunia.. mencari ketenangan.. sampai masa ku pergi juga

~ Namun Ku Punya Hati (IKLIM)

Saya suka lagu ni... penuh keinsafan.. sebabnya betapa perlu kita bersyukur.. kita lahir sempurna.. Alhamdulillah...

Lagu ni memang sedih.. lupakan seketika...

Pendrive sy rosak.. kena virus.. xleh nak bukak... masih dalam usaha nak baiki.. kalau lah berjaya.. sangat bersyukur.. mase pergi 1st kedai untuk baiki.. die cakap circuit rosak.. xleh wat pe dah... rase lembik je.. semua data penting dalam tu.. proposal.. surat.. prestasi... pasrah dan redha wlpn masih berusaha untuk diselamatkan.. semoga berjaya...

Maaf blog kurnag ilmiah.. sekadar luahan perasaan... mengisi masa terluang.. mencurahkan sedikit kebimbangan agar berkurang sedikit kegusaran hati..

Kita kadang2 tak sedar kite diperhatikan.. entah.. tak tahu.. sbb bila kite fokus, kita tak endah dah bnda lain.. ornag nak tengok ke.. orang terpandang ke.. org nak gelak ke tengok kite..

Ade sesetengah orang memang dilahirkan ... mulut boleh tahan sedap berkata2.. tanpa memikirkan orang lain.. berhati dengan kata2.. saya paling takut kalau kata2 mengguris hati orang.. sbb wat u give u get back... wlpn hanya dengan kata2.. kalau sudah menyinggung hati dan perasaan orang lain.. mgkin balasannya akan kena pada diri sndr... wlpn hakikatnya apa yang kite perkatakan adalah benar belaka.. tetapi hati orang mesti dijaga.. selagi kata2 itu mengguris hati, selagi kata2 itu diingati oleh orang tersebut.. selagi dia tak memaafkan maka berhati2lah sebab mungkin balasannya akan tiba menjengah kita... sbb tu kalau kite ditimpa musibah wlpn hanya dengan kesusahan hati, jiwa tak tenang.. bukan semestinya kemalangan atau lebih teruk.. cuab fikirkan.. ini mungkin ujian ataupun balasan.. adakah kite telah menyakiti hati orang secara tidak sedar...

Friday, January 13, 2012

Innocent @ Berbaik SangKa

Salam.

Saya sendiri tak tahu. Saya terlalu lurus bendul ke atau jenis yang berbaik sangka. Mudah percaya apa yang orang cakap seperti semua orang adalah baik hati atau berniat baik. Dan tidak ade orang yang berniat mempermainkan dan menipu. Serius. Some issues sy memang cepat suspicious. Sangat sangat la. Saya risau. Tetapi kalau orang memang dah baik ng saya, saya memang xde suspicious. Saya percaya. Sungguh. Dan akhirnya saya tertipu.

Macam juga saya anggap orang baik ng saya. Anggap sebagai adik atau anak tetapi sy tak tahu niat di sebalik itu sebab saya tak pernah bersangka buruk.

Saya jenis x suka peningkan kepala, sakitkan hati dengan fikirkan orang ade niat buruk ke atas kita. Saya jenis yang begitu. Sehinggalah diberitahu itu susah nak percaya orang ada niat buruk. Itu pun masih bersangka baik dengan mengatakan "beliau" tiada niat untuk buat jahat ataupun "beliau" terpaksa dan sebagainya. Itu yang sukar. Kalau mampu membenci kan lebih mudah sebab tak akan ada rase dalam hati. Kesian. Kan mudah. Tapi sekali ornag dah baik ng saya, saya tak mudah nak benci wlpn sedar saya berhak marah atas penipuan atau kepura-puraan itu.

Semoga mereka sedar dan saya boleh lebih keras hati. Amin.

Thursday, January 12, 2012

Itu Takdir Kita Di DUnia...

TAKDIR...

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..

PERGI...

tiap bicara manis
bagaikan selumbar bisa
kau tanam di jiwa
tak terlihat oleh pandangan mata mu

andai sudah tiba masa
dan tiada jodoh kita
biar kita berpisah
dari merana

BICARA MANIS MENGHIRIS KALBU..

yang sudah tu sudah. Hidup terlalu luas untuk diterokai. Setiap hari, jam, minit dan detik memberi makna.. Jika kita sedar dan menghargainya. Dalam sehari ambil masa 5 minit untuk fikirkan betapa besar nya nikmat Allah pada kita. Jangan hanya fikirkan masalah dan kesusahan. Jangan hanya fikirkan apa yang kita nak dan pe yang kite tak dapat. Syukuri ape yang telah DITAKDIRKAN untuk kita. Masih ramai yang lebih teruk, besar masalahnya, besar kedukaan. kesedihan. kesakitan dan sebagainya. Sekurang-kurangnya kita sihat, kita ade duit, kita ade kenderaan, kita ade ibu bapa, kalau kite tak ade ibu atau bapa atau kedua2nya sekali pun, kita masih ade saudara mara ataupun adik beradik sedangkan ada yang hidup sebatang kara, ada yang sakit pening nya tak ada orang menjaga... Syukur lah.. Nikmat Allah itu luas.

Wednesday, January 11, 2012

GoSiP...

Salam.

Sy agak rajin menulis skang.. Curi sedikit mase untuk coretkan kata-kata dan cerita di sini. Hehe. Saya rase gembira dan lega sbb :

Orang yang mcm bergaduh dan berselisih faham dengan saya dah ok dengan sy. Hehe. Kita kawan, kenapa perlu perbesarkan hal itu. Saya sudah rendahkan hati untuk memulakan perbualan. Kenapa nak mewujudkan sengketa menambahkan ketidakselesaan yang sudah sedia ada. Entah la. Hal peribadi berlaku di tempat kerja memang merumitkan keadaan wlpn senang nak cakap kami profesional. Tetapi alhamdulillah segalanya sudah kembali baik. Harap tiada hati yang berduka lagi.

Gossip. Dalam hari yang same saya dengar 2 gosip yang berbeza mengenai diri saya. Cerita yang tersebar sedangkan empunya diri (saya) tak tahu apa2, orang lain sudah bercerita. haha. Jangan dilayan gosip. Itu kata kawan saya. Saya menghormati apa sahaja pandangan dan perasaan orang pada saya. Tetapi adalah tidak adil untuk memuaskan hati orang lain sedangkan saya pun keliru. Tetapi sy tidak akan pernah meperlekehkan perasaan orang sebab saya rase itu perbuatan kejam melampau yang tidak sepatutnye dilakukan kepada sesiapa sahaja.

Saya tidak suke ketidakpastian. Itu pasti. Kalau marah, katakan marah. Kalau tak puas ati, luahkan saja. Jangan tunjuk perasaan dan mintak sy berfikir dan bersedih. Kind of penderaan perasaan sama ada saya akan rase bersalah atau rasa marah. kadang2 confuse mana kah perasaan yang perlu ditunjukkan.

Saya tak tahulah saya terlebih mesra ke. Kemesraaan di salah erti kan. atau entah la. Sy memang baik dengan semua orang. Tidak secara personal dan di luar waktu kerja kecuali mereka yang sy anggap kawan. Selebihnya saya anggap semua staff lelaki abang atau pun mcm ayah. Itu saya jujur. Orang lain berperasaan lebih dari itu sy tak mampu nak menghalang. Hish. Gosip kadang2 merumitkan keadaan , lebih2 lagi disebabkan kita ade hati yang terluka.

Monday, January 9, 2012

BuKAN InsAn SemPurNa...

Salam..

Alhamdulillah... keadaan bertambah baik dari segala sudut. Harap sudah tidak ada yang marah mahupun sakit hati dengan saya. Kerja bertambah busy. Yup. Saya perlu lebih banyak belajar memberi arahan dan menyerahkan tugas. Demanding is good. Tetapi perlu tahu tak semua kita mampu lakukan sendiri. We need assisstant to help. Sementelah kerja menimbun2.

Kite BUKAN INSAN SEMPURNA. Nobody perfect but we are good enough when we can accept kelemahan dan belajar dari kesilapan. Serius. Cukup bagus.

Tadi sy menegur 2 orang staf merupakan urusetia program. Seorang senior yang telah lama bekerja (tak lama sangat she is only 30 something) dan seorang lagi adik la (only 23 yr old). Mereka urusetia satu program. Saya tegur program yang tidak organize dan not well prepared. Secara jujurnya sebelum saya buat teguran saya dah berfikir banyak kali.

Adakah perlu? Tidakkah terlalu awal? Atau adakah saya ? Atau mungkin saya bukan orang yang sepatutnya bercakap sbb unit lain wlpn sy memang terlibat?

Setelah berfikir panjang. Rasa tak salah saya menegur dengan niat menjadikan program lebih baik. Sebab kalau bukan saya yang menegur, orang lain mgkin tak menegur.

"Ok. Kita buat post-mortem. Kelemahan program supaya tak berulang lagi"

Saya paham mereka masih baru dalam handle program. Trust me. Handle program wlpn dah lama kite bekerja tetapi bukan perkara mudah.

" Kita adalah urusetia. Wlpn kita dah ade AJK yang kita serahkan tugas, tapi kite perlu pantau jangan let go je. X boleh. Sbb at d end segala kelemahan orang akan tanye sape yang incharge program. dan kita akan dipersalahkan. Tanye walaupun itu isu kecil sbb kite berhak tahu. Biarlah orang kate kite x percayakan orang, asalkan program kite berjalan lancar"

Secara jujurnya, memang ya. kadang2 kita tak tanye AJK yang dilantik. Atas 2 sebab. Mungkin kita rase mereka memang boleh diharap dan yang kedua kerana kita takut mereka kata kite tak beri kepercayaan pada orang. Dats not d issue apabila cara kita bertanye adalah betul. Say d true. Kalau perlu rendahkan diri bagitau:

"minta maaf saya nak tanye. Bukan tak percaya pada .... tapi saya setiausaha jadi saya perlu tahu kot2 bos tanye saya, jadi saya tahu pe nak jawab" .. wlpn sebenarnya kita tanya sbb kite memang nak tahu dan perlu tahu.

Bnda kecil yg kite anggap x perlu, jangan dibuat main2. sbb yang kite rase kecil mgkin mncacatkan prog. Habis sesi itu, dieorg saya tq to me.

Petang td, sy msg lagi dioerg cakap, jgn ambil hati teguran n think positive. Bagi pujian dan semangat pada mereka yang sy percaya mereka boleh buat cume kena banyak berbincang, pikir possibility msalah yang mungkin berlaku, dan prepare for it. Sy jugak kate pada mereka. ada masalah bgtau sy, jgn simpan sendiri. We are working as teamwork.

Then, mereka menerima dengan baik. Alhamdulillah. Bila difikirkan lucu juga. Secara jujurnya saya bukan marah tetapi agak kecewa dengan program yang berjalan tetapi kurang persediaan. Melibatkan orang awam dengan kerjasama agensi luar sepatutnya lebih bersedia.

Saya suka membebel. Semua orang tak percaya. Haha. Itulah saya sekarang, Bukan membebel tetapi sekadar menegur ke arah kebaikan. Niat yang betul tidak salah. Senior atau junior bukan isu sbb kite bertukar pandangan dan pengetahuan. Saya banyak bertanye kepada staf bawahan sbb banyak yang saya tidak tahu. Jangan malu bertanye sbb kite perlu sentiasa belajar.

Saturday, January 7, 2012

SeinDah Biasa!

Salam. Salam sejahtera. Semoga hidup kita semua diberkati. Amin.

Saya menerima beberapa berita gembira.

Ramai akan mendirikan rumah tangga. Tahniah kawan-kawan!.

My kazen akan bertunang 24th Jan 2012. So suprise but really happy to hear that. Setelah ape yang die lalui, now everthing will be end dengan baik. Saya doakan untuk dia.

Kami membesar bersama. Raya bersama. Enjoy bersama. Ambik gambar melompat dan menggedik bersama. Have fun at teen age wlpn kami sebenarnye telah dewasa. Dewasa asal. Itu tiada isu kerana matang itu subjektif. Isunya kakak beliau belum bertunang lagi. Ade isu? Memang ade isu selagi manusia punye mulut. Starting now bila orang tahu sehingga waktu yang tak pasti.

Her sis, my kazen which i call kak long reply when i text her dis morning:

Mine: Kak long.. dengar cite kak ngah nak bertunang.
Kak Long: merisik minggu depan, tunang raya cina, huhu. sekejap je kan kalo dah jodoh.

Saya melihat word "huhu" dan latest statement from her macam kurang enak. Adakah kakak sudah terasa dan berfikir. Then i reply:

Mine: Setuju. Kalau he/she is d rite person u just need a second to say yes. p/s: ayat macam berfikir.

kami berbalas text. Tak perlu dinyatakan semua d sini. Dulu langkah bendul satu isu, skang bukan lagi. At least contoh sudah ade depan mata. Mengenali mereka berdua sejak kecil, kami rapat, berkongsi cerita wlpn bukan semua.

Itulah. Orang boleh bercerita apa sahaja, tapi at d end kite akan melaluinye. Biarlah orang berkata apa sahaja, asalkan kite tak buat salah. Kadang2 kite akan letih sehingga kite perlu membuat suatu keputusan. Buatlah. Sebab semua keputusan yang kite buat, tak akan ade yang sempurna. Malah yang terbaik pun ade kekurangannya. Kerana tiada yang sempurna. Hanya DIA. Doa, minta padaNYA. Sebab DIA berkuasa atas segalanya.

My fren text me dis :

BILA ENGKAU MEMANDANG SEGALANYA DARIPADA TUHANMU,
YANG MENCIPTAKAN SEGALANYA,
YANG MENIMPAKAN UJIAN,
YANG MENJADIKAN SAKIT HATIMU,
YANG MEMBUATKAN KEINGINANMU TERHALANG
SERTA MENYUSAHKAN HIDUPMU,
PASTI..
AKAN DAMAILAH HATIMU
KERANA MASAKAN ALLAH SENGAJA MENTAKDIRKAN SESUATU SEGALANYA
UNTUK SESUATU YANG SIA-SIA
BUKAN ALLAH TIDAK TAHU
DERITANYA HATIMU
RETAKNYA HATIMU
TAPI MUNGKIN ITULAH YANG DIA MAHU
KERNA DIA TAHU HATI YANG SEBEGINILAH YANG SELALUNYA
LEBIH LUNAK DAN MUDAH UNTUK
DEKAT DAN AKRAB DENGAN-NYA.

saya kagum dan terdidik dengan ayt di atas. dititipkan oleh seorang teman yang saya luahkan segala kesedihan yang tak mampu di bendung lewat hari lepas. LEPAS. itu yang penting. sbb saya mahu move on. Saya tak mahu menyalahkan sesiapa supaya hati ini lebih tenang dan mampu melawan kekalutan yang kadang2 datang tak kena pada tempatnya. I text dis to my Kak Long. Hope she can feel better coz i lov her. I meant it!.

Thursday, January 5, 2012

SpeLL Out GOOd ThingS 4 Me.. I neeD IT!

Salam..

Selamat tinggal 2011. Selamat datang 2012.

See. Today 6 Januari 2012. Agak bagus untuk update sementara masih 1st week in 2012. I'm expecting saya tak mungkin update blog untuk 1st week. Mungkin akan terlewat. Sebab tu dah wish awal2 new year d tahun 2011.

1st week mcm2 perkara yang berlaku. Saya positif wlpn ada beberapa perkara. Opsss. Bukan beberapa cume satu perkara yang tak bagus berlaku. Tetapi itu bukan gambaran keseluruhan tahun 2012. Pastilah kan. Yup, good beginning sangat penting tetapi bukan gambaran untuk next episode esp we have 359 days to go in 2012. Insyaallah jika dipanjang umur oleh Allah.

Saya menanti beberapa berita gembira: not confirm yet. biasalah. Khabar angin. secara keseluruhanya hubungan sy bertambah baik dengan kebanyakan orang kecuali satu dua orang yang mungkin dan harapnya boleh diperbetulkan.

to be honest, sy sukar untuk berpura-pura bile berdepan dengan situasi y mane i dont know wat to do. mengelak tak mungkin.

hati sangat terbeban beberapa hari lepas. Sungguh. Payah. Saya tak mampu nak fokus, kurang bermaya tidak bersemangat. Hilang arah. End up wif saya hampir mengalirkan air mata. Orang kate sy drama queen. Tapi bukan untk begini . sy jarang begini. Bukan nak bongkak atau sombong atau macam bagus. Tak. Sebab memang tak pernah seteruk ini. Saya telan panadol sbb sakit kepala wlpn hati yang sakit. Heart broken so much when the people dat we care saying unexpected thing. Saya tahu barangkali rase sakit hati atau mungkin kecil hati yang mendorong those kind of words spell out from mouth. Tetapi sy tak pernah bermksd untuk tidak ambil tahu mahupun tak endahkan. Coz i feel so sad doing dat. But saya tak ada pilihan lain. Kalau ade, adakah akan end up dengan sesuatu yang baik. Sy mungkin tak cukup kuat, secara jujurnya starting 2 months ago itu bukanlah sesuatu y mudah. Tetapi sy berusaha mewaraskan akal, mengajar hati mendidik perasaan untuk TERIMA dan REDHA. Cume siapalah sy. Kadang2 sy mungkin tersilap langkah sbb sy tak tahu mane nak diletakkan diri ni. Serba salah end up dengan serba tak kena. Dat wat i can say.

Kata-kata yang sangat melukakan hati yang sudah cukup terluka dan berduka. Sampainya hati. I told u its hurt me so much. If i'm very important saying dat to me not just let me survive alone. Tertanya-tanya how can i handle dis thing if only i'm playing d game. N the bad thing is i'm playing d game i'm going to loose even it doesnt start yet. So, wat kind of player dat u want me to be. Looser dat lost in the jungle. Crazy enough for me.

OMG. Just be good. I'm not demanding person. I dont demand 4 anything else. Just dont hurt wif those kind of words. Dats all.